Portal:Empayar British/Intro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
British Empire, 1897

Empayar British (atau Empayar Inggeris) merupakan empayar terbesar yang pernah didirikan dalam sejarah dan bagi masa yang lama menjadi kuasa dunia utama. Empayar ini merupakan hasil Zaman Penemuan Eropah yang bermula dengan penerokaan maritim pada abad ke-15 yang mencetuskan era penjajahan kuasa Eropah.

Menjelang tahun 1921, Empayar British meluaskan pengaruhnya terhadap lebih 458 juta orang, iaitu kira-kira ¼ daripada populasi dunia. Empayar ini meliputi lebih kurang 36.6 juta km², juga kira-kira ¼ daripada jumlah keluasan tanah di Bumi. Peninggalan Empayar British sangat mendalam sama ada dalam sistem perundangan dan kerajaan, amalan ekonomi, ketenteraan, pendidikan, sukan (seperti kriket, ragbi dan bola sepak), dan juga peluasan penggunaan bahasa Inggeris di seluruh dunia.