Portal:Fairy Tail/Berita/Berita Lepas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
18
Jun 2015
Ditulis oleh SNN95
Manga Fairy Tail Mendapat Filem Anime Ke-2
Isu ke-25 tahun ini, Majalah Mingguan Shōnen daripada Kodansha telah mengumumkan filemanime daripada Manga Fairy Tail karya Hiro Mashima mendapat lampu hijau. Majalah ini mendedahkan seni papan gambar yang Mashima sendiri lukiskan untuk filem itu. Isu yang akan datang juga menerbitkan dua bab manga (ia adalah isu yang keempat berturut-turut dengan dua bab), dan ia mengusik "siri yang agak mendebarkan! Satu perkembangan yang anda benar-benar tidak boleh ketinggalan!!"

14
Oktober 2014
Ditulis oleh SNN95
Arka filler terbaru Fairy Tail
Poster buatan peminat

Arka Semangat Bintang Eclipse terbaru akan menemui anda pada 18 Oktober.

Malapetaka Eclipse, belum berakhir lagi—-

12 Kunci Emas tidak keluar apabila diseru.

Bukan sahaja rupa dan personaliti mereka berubah, malah mereka memutuskan perjanjian diantara ahli sihir semangat bintang!

Sebab utama semangat bintang ini menentang adalah, “Kebebasan mutlak”!!

Natsu dan Lucy sedang mencuba untuk mendapatkan semula ikatan dintara 12 semangat bintang!

Arka filler Fairy Tail terbaru!
Apa pandangan anda?


17
Ogos 2013
Ditulis oleh SNN95
Anime Fairy Tail Disambung semula
Pencipta manga Hiro Mashima mengumumkan bahawa Anime Fairy Tail akan disambung semula dan sedang dalam pembuatan. Para peminat telah menunggu saat-saat ini. Ramai peminat yang dahulunya kecewa kerana ia di hentikan buat sementara dan mereka mengganggap , sama sepertiNaruto yang terpaksa diberhentikan selama dua tahun untuk memulakan siri barunya. Tetapi sangkaan mereka meleset setelah diumumkan bahawa anime Fairy Tail akan disambung semula kurang daripada satu tahun.

29
Jun 2013
Ditulis oleh SNN95
Fairy Tail Mencipta Sejarah Pertama
Pencipta manga Hiro Mashima mengumumkan bahawa Fairy Tail akan mencipta sejarah pertama dalam pembikinan manga. Hal ini kerana pada 2 isu akan datang Fairy Tail akan menerbitkan 3 bab berwana dalam setiap 2 keluaran majalah akan datang. Dan Fairy Tail juga akan didatangi dengan sebuah bab khas pada isu kelapan majalah itu.

17
Mei 2013
Ditulis oleh SNN95
Bab Manga "Berseronok di Ryuzetsu Land" mendapat adaptasi OAD
Pencipta manga Hiro Mashima mengumumkan bab manga yang tidak diadaptasi dalam bentuk anime selepas anime episod 175, diadaptasi dalam bentuk OAD (Original Animation DVD) dan akan dikeluarkan pada 17 Jun 2013. OAD ini akan dikeluarkan bersama dengan manga jilid 38. Edisi keluaran ini agak terhad. Jadi cepatlah merebut peluang ini!

15
Apr 2013
Ditulis oleh SNN95
Crossover Manga Fairy Tail X Rave Master dapat Anime DVD
Pencipta manga Hiro Mashima mengumumkan manga crossover Fairy Tail dan Rave sedang diadaptasi kepada anime. DVD anime itu akan dikeluarkan dalam manga jilid 39 pada 16 Ogos.

Dalam cerita crossover ini mengisahkan watak utama Fairy Tail iaitu Natsu dan watak utama Rave iaitu Haru telah sesat, jadi Lucy dan Elie —heroin dalam kedua-dua siri — sedang mencari Natsu dan Haru.


07
Mac 2013
Ditulis oleh SNN95
Anime Fairy Tail akan Bersambung
Ramai yang menganggap anime Fairy Tail sudah ditamatkan pada mulanya. Tetapi Hiro Mashima berkata dalam Twitternya "Anime Fairy Tail tidak akan ditamatkan. Saya tak tahu nak kata apa lagi tetapi silalah menonton tayangan semula anime pada April nanti. Sehingga saya mendapat berita baik nanti."

Tayangan semula anime ini bertajuk Fairy Tail Best! yang mula ditayangkan pada 4 April 2013, pukul 5.30 petang. Plot cerita bagi tayangan semula masih sama sehingga episod 175.