Portal:Filem/Rencana pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adnan Sempit
Adnan Sempit

Adnan Sempit (digayakan dalam poster sebagai Adnan Semp-It) ialah sebuah filem bertemakan aksi komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 Januari 2010. Filem yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Along Cham ini merupakan filem yang mengupas budaya mat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai.

Filem ini diibaratkan sebagai parodi filem Remp-It yang diarahkan oleh pengarah yang sama (filem V3 Samseng Jalanan ialah sekuel Remp-it). Filem ini diberi tajuk asal Rempit Nan Sempit tetapi ditukar tajuknya kerana berikutan arahan kerajaan terbaru pada pertengahan tahun 2009 yang tidak menggalakkan tema mat rempit dalam penerbitan filem dan televisyen terbaru Malaysia.

Selanjutnya | Arkib | Sunting