Portal:Filipina/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Republik Filipina (bahasa Filipina: Republika ng Pilipinas), atau Filipina (bahasa Filipina: Pilipinas), juga dikenali sebagai "Mutiara Laut Orient", adalah sebuah negara yang terletak di Asia tenggara. Ia terletaknya 1,210 km (750 mi) dari tanah besar Asia dan terdiri dari 7,107 pulau yang membentuk Nusantara Filipina. Ia juga sebahagian dari Nusantara Melayu.

Nama negara ini asalnya dengan Ruy López de Villalobos menamakan pulau-pulau Samar dan Leyte, Las Islas Felipinas selepas Raja Philip II dari Sepanyol sewaktu ekspedisi gagalnya pada 1543. Nusantara ini dikenali bawah banyak nama-nama lain seperti Castille Baru (Nueva Castilla), Kepulauan Barat (Islas del Poniente), Manila, Kepulauan St. Lazarus (Islas de San Lázaro) dan lain-lain. Akhirnya, Filipinas tiba untuk merujukkan pada keseluruhan nusantara.