Portal:Hal semasa di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Terkini
Bendera Malaysia.jpg

1malaysia.com.my [1]

2018[sunting sumber]

Peristiwa lepas

Januari[sunting sumber]

  • 1 Januari:
  • 3 Januari - Empat beranak warga Singapura termasuk seorang kanak-kanak terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di simpang tiga Jalan Lukut-Sepang Port Dickson, Negeri Sembilan.[6]
  • 4 Januari - Empat guru agama termasuk seorang tokoh penceramah terkemuka cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara Gunung Semanggol, Kerian, Perak.[7]
  • 5 Januari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyita 396 bungkus keropok udang dan 1,600 plastik pembungkusan menggunakan logo halal meragukan dengan keseluruhan rampasan bernilai RM1,786. Pemilik perniagaan berusia 58 tahun ditahan di sebuah premis perniagaan di kawasan perumahan dekat Lawan Kuda Baru di Gopeng.[8]
  • 6 Januari - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya membebaskan sebuah bot nelayan tempatan daripada ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia menggunakan aplikasi K3M di Lumut, Perak.[9]
  • 7 Januari:
    • Sebanyak 18,000 anak-anak golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di seluruh negara menerima sumbangan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2018 daripada Felcra Berhad (Felcra).[10]
    • Seorang pendaki gunung dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Nazri Omar meninggal dunia ketika turun di puncak Gunung Kinabalu, Sabah akibat kesejukan.[11][12]
  • 8 Januari:
    • Seorang pemandu treler, Mohd Fariz Ridzuan Mahmood terselamat dalam satu kemalangan jalan raya selepas lori dipandunya terjatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter di Jambatan Ahmad Shah, Kilometer 125 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh, Pahang.[13]
    • Seorang lelaki Orang Asli, Saleh Kambi, maut selepas bergaduh dengan saudaranya dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek di Kampung Chenderong Kelubi, Air Kuning, Pasir Salak, Perak.[14]
    • Seorang lelaki, Roslli Zulkharnain maut akibat ditikam dengan pisau oleh jirannya dalam kejadian pergaduhan pada jam 2:30 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Slim Permai, Slim River, Perak.[15]
    • Sekolah tertua negara, Victoria Institution meraikan ulang tahun ke-125.[16]
    • Seorang lelaki maut selepas bangunan pencawang masuk utama MRT Cochrane milik Tenaga Nasional Berhad yang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
  • 9 Januari - Seorang pemotong rumput, Mohd. Rafi Ab. Aziz dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mencederakan ibunya menggunakan batang besi mesin pemotong rumput dalam kejadian di Felda Bukit Sagu 1, Parit.[17]
  • 10 Januari:
    • Timbalan Ketua Pengarah JPJ Kedah, Jamaluddin Shariff dan pemandunya, Mohd Sayuti Abdullah cedera selepas kereta SUV yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 366.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Tanjung Malim, Perak.[18]
    • Seorang ketua jururawat Kalppana Bee Nagoor Kassim, 54, maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas di Kilometer 3.1 Jalan Lama Machang-Pasir Puteh ,Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan.[19]
    • Tiga penuntut UiTM Jasin cedera parah dalam satu kemalangan berlaku kira-kira jam 1.30 tengahari melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 33 Jasin-Merlimau.[20]
  • 11 Januari:
    • Ahnaf Hanafi Mohd Haniff, bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik, di Kuantan, Pahang selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15.[21]
    • Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan. Hal itu disahkan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menerusi satu entri di akaun Instagram.[22]
    • Pelakon Datuk Farid Kamil ditahan polis akibat serangan ke atas pegawai polis dan beberapa orang awam di balai polis Kota Damansara.[23][24]
  • 16 Januari:
    • Seorang pelajar Kolej Vokasional Sungai Abong, Muhammad Shahrul Azhar Nazaruddin, 18, maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan bas ekspres di Jalan Sungai Terap Jorak di Muar, Johor.[25]
    • Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap sembilan warga Filipina atas kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam serangan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.[26]
    • Pelakon Farid Kamil dibebaskan dengan ikat jamin,[27] namun ditahan sekali lagi atas empat pertuduhan.[28]
    • Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, S Sathiwaran maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.[29][30]
  • 21 Januari - Empat lelaki maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bergesel sebelum terbabas dan melanggar sebuah kereta lain di Kilometer 278.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Ipoh, Perak.[31][32]
  • 22 Januari:
    • Polis menahan empat remaja lelaki kerana menunggang basikal lajak dengan cara berbahaya di kawasan perumahan Persiaran Meranti Sri Damansara 13, berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Klang, Selangor.[33]
    • Seorang penyokong bola sepak cedera selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir dua meter ketika perlawanan persahabatan Pulau Pinang menentang Kedah di Stadium Negeri Batu Kawan.[34]
  • 23 Januari - Air longkang dan sungai dekat Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan bertukar biru berikutan dicemari pewarna produk plastik.[35][36]
  • 24 Januari:
    • Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama lebih sejam sejak pukul 3 petang.[37]
    • Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggait buah mangga di kawasan halaman tempat kerjanya dalam kejadian jam 2 petang di Kampung Benoni di Papar, Sabah.[38]
  • 25 Januari - Perdana Menteri, Najib Razak membuat lawatan rasmi selama dua hari ke India untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India dan bertemu rakan sejawatannya Perdana Menteri India, Narendra Modi.[39]
  • 26 Januari:
    • Pelakon Hairul Azreen dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan lebih dua jam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini setelah rakaman video berdurasi 48 saat dia melepaskan tembakan ke udara tular di laman sosial YouTube.[40]
    • Seorang pemuda dikejarkan ke hospital akibat melecur setelah membakar diri dengan minyak petrol di rumah teman wanitanya di Kampung Sageng, Simunjan, Bahagian Samarahan, Sarawak.[41]
    • Dua beranak maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit dipercayai akibat tayar pecah di Kilometer 4, Jalan Parit Karjo, Batu Pahat, Johor.[42]
    • Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke sungai dalam kejadian di Lorong Nenas, Jalan Terusan Utama (Ban Kenal) dekat Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor.[43]
    • Penyanyi Yunalis Zarai melangsungkan perkahwinan dengan Adam Sinclair.[44]
  • 27 Januari:
    • Institusi pendidikan negara digemparkan dengan penularan rakaman video seorang guru mengamuk pada mesyuarat dalam kalangan pendidik yang berlangsung di sebuah sekolah di Petaling Jaya.[45] Rakaman video yang bersurasi hampir empat minit itu menunjukkan guru tersebut meninggikan suara kerana dipercayai tidak diberikan tempat duduk dalam mesyuarat berkenaan selepas membuat bayaran sebanyak RM70.[45]
    • Seorang peniaga dalam talian ditembak dan disamun di pejabatnya dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan.[46]
    • Seorang lelaki maut selepas van yang dipandunya terlanggar besi penghadang jalan dalam satu kejadian yang berlaku pada jam 12.16 tengah malam di jejambat Jalan Tun Jugah/Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak.[47]
    • 50,000 umat Islam berkumpul untuk berdoa untuk kesejahteraan Palestin dan pembebasan Palestin dari kezaliman Zionis berhampiran Istana Kehakiman, Putrajaya.[48]
  • 28 Januari:
    • Seorang kontraktor berusia 60 tahun menjadi orang yang kelima ditahan berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemberian kontrak untuk beberapa projek keretapi Sabah.[49]
    • Seorang pengurus besar hotel milik kerajaan, Mazuki Husin, 55, dikenakan di Mahkamah Sesyen dengan mengemukakan tuntutan palsu untuk menyewa bas.[50]
    • Seorang remaja lelaki yang menghidap penyakit skizofrenia ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel apartmen di Banda Hilir, Melaka.[51]
    • Seorang pekerja kilang kertas di Simpang Ampat di sini maut apabila kepalanya tersepit dalam mesin pengisar dalam kejadian di Nibong Tebal, Pulau Pinang.[52]
    • Seorang pemandu jentolak warga Indonesia menahan kesakitan lebih sejam apabila tertimbus dalam tanah selepas kenderaan dikendalinya terjatuh ke gaung di hutan berhampiran Jalan Bukit Mantin, Seremban, Negeri Sembilan.[53]
    • Lebih 20 penduduk hilang tempat tinggal selepas empat rumah musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 5 petang di Kampung Unta, Lahad Datu, Sabah.[54]
    • Seorang pekerja ladang ternakan udang maut, apabila motosikalnya merempuh besi penghadang laluan pejalan kaki, di Batu 23 Jalan Apas-Balung, Tawau, Sabah, kira-kira jam 5.30 pagi.[55]
  • 29 Januari - Satu unit pangsapuri kuarters penjawat awam di Presint 16, Putrajaya, terbakar kira-kira jam 9 malam.[56]
  • 29 Januari - Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China selepas Alibaba memperkenalkan Sistem Kecerdasan buatan City Brain di Kuala Lumpur untuk memerangi kesesakan lalu lintas.[57]
  • 29 Januari - Lembaga Penapisan Filem Malaysia mengharamkan filem Hindi, Padmaavat kerana kepekaan unsur-unsur kepada orang Islam.[58]
  • 29 Januari - Netizen Malaysia mengkritik dan membuat lelucon ke atas logo baru Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020 selepas ia dibentangkan pada pelancaran promosi di Chiang Mai, Thailand.[59] Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz mempertahankan logo itu dan mengatakan kritikan adalah perkara biasa, tidak boleh mendapatkan kesepakatan seluruh Malaysia.[60]

Februari[sunting sumber]

  • 1 Februari:
    • 370 orang individu dianugerahkan pingat darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan.[61]
    • Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut akibat lemas selepas tersembam ke dalam tong air di halaman rumahnya di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan.[62]
    • Lima orang individu termasuk dua orang warga Nepal, berusia 19 hingga 62 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas mengalami gejala lemah, lesu dan tidak sedarkan diri selepas meminum sejenis kopi pracampuran berperisa durian yang dipercayai telah dicampur dengan dadah.[63]
  • 2 Februari - SM Faliq, anak kepada pengerusi Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin diijabkabulkan dengan Chryseis Tan, anak perempuan Tan Sri Vincent Tan.[64]
  • 4 Februari - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mengandung 22 minggu hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya sejak Ogos tahun lalu.[65]
  • 5 Februari:
    • Seorang lelaki berusia 36 tahun direman empat hari kerana membakar lori yang menghimpit keretanya di Jalan Tembangau-Bahau, Jempol, Negeri Sembilan.[66]
    • Seorang pegawai kanan polis ditahan kerana memiliki sebuah kenderaan disyaki kenderaan curi, dalam satu tangkapan di Sabak Bernam, Selangor.[67]
  • 6 Februari:
    • Seorang Penolong Jurutera Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk ditemui terbaring tidak sedarkan diri di halaman rumah sewanya di Taman Sejati, Teluk Intan, Perak.[68]
    • Ketua Umum PKR, Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen pada hari ini kerana mendedahkan butiran akaun bank yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.[69]
  • 7 Februari - Pelakon Sofi Jikan direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif ganja.[70]
  • 10 Februari:
    • Seorang wanita maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta di Kilometer 34 Jalan Johor Bahru - Mersing berhampiran Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.[71]
    • Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut, manakala rakan sejawatannya parah selepas kereta mereka naiki dirempuh sebuah lagi kereta dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Teluk Intan - Sitiawan.[72]
    • Tiga kakitangan sebuah pasar raya di Cheras, masing-masing berusia 25 hingga 50 tahun ditahan kerana menjual mercun dan bunga api secara terbuka, dalam serbuan pada jam 9.30 malam.[73]
  • 11 Februari:
    • Seorang anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya maut apabila motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar pembahagi konkrit di tengah jalan dalam kejadian di Jalan Kuching menghala ke Selayang.[74]
    • Dua orang penjenayah bersenjatakan sepucuk pistol, merompak sebuah pasar raya di Sierramas di sini, sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM4,000, dalam kejadian rompakan yang berlaku pada jam 11.25 pagi di Sungai Buloh, Selangor.[75]
    • Anugerah Juara Lagu ke-32:[76].
  • 12 Februari - Seorang lelaki maut, manakala remaja perempuan parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori enam tan di Kilometer 109, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di Ranau, Sabah.[80]
  • 12 Februari - Seramai 32 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Marudu, di sini, mengalami keracunan selepas dipercayai memakan makanan yang dibeli dari kantin sekolah di Kota Marudu, Sabah.[81]
  • 12 Februari - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar lori pasir di Persiaran Kewajipan dari arah USJ 8 ke arah Lebuhraya KESAS di Subang Jaya, Selangor.[82]
  • 12 Februari - Seorang lelaki rentung selepas treler dipandunya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan pada jam 11.56 pagi di Lebuhraya ELITE susur masuk ke Saujana Putra dari arah Putrajaya.[83]
  • 12 Februari - Seorang anggota tentera, Mohammad Abdullah Mohamed dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandungnya iaitu Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, yang 9 tahun, pada 31 Januari.[84]
  • 13 Februari - Kebakaran Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):
    • Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya musnah dijilat api dalam kejadian jam 12 tengah hari.[85]
    • Kebakaran pejabat KWSP dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.[86]
    • Cawangan dan pejabat KWSP Petaling Jaya ditutup buat sementara waktu susulan kejadian kebakaran.[87]
  • 13 Februari - Seorang pelajar perempuan Nur Afini Roslan, 14 tahun, terbunuh, manakala dua orang rakannya cedera, akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, Negeri Sembilan.[88]
  • 14 Februari - Seorang suri rumah yang mengaku sebagai kerabat didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada April 2015.[89]
  • 14 Februari - Pelakon dan pendakwah Azmil Mustapha meninggal dunia ketika tidur pada jam 12:40 tengah hari akibat komplikasi jantung.[90][91][92][93][94]
  • 15 Februari - Seorang guru maut, manakala suami bersama dua anak mereka serta ibunya cedera selepas kereta dinaiki bertembung kenderaan pacuan empat roda, kira-kira satu kilometer dari kediaman keluarga itu dekat Jalan Bindu, Batu Pahat, Johor.[95]
  • 15 Februari - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan mendera bayi perempuannya berusia enam bulan sehingga menyebabkan pendarahan otak.[96]
  • 15 Febuari - Sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori membawa kelapa sawit di Jalan Batu 12, Terap, Kulim, Kedah.[97]
  • 16 Februari - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi putus kepala dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 7.1 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menghala Selatan.[98]
  • 16 Februari - Percutian sebuah keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka ditemui lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.[99]
  • 17 Februari - Enam buah gerai bunga api dan mercun hangus dijilat api ekoran tindakan cuai seorang individu yang dikatakan bermain mercun berdekatan deretan gerai itu di Jalan Mergastua, Kepong Baru, Kepong semasa sambutan Tahun Baru Cina.[100][101]
  • 18 Februari - Mayat lima orang lelaki, yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Muda ketika melarikan sewaktu serbuan ke atas pusat judi sabung ayam terbesar di utara pada Jumaat lalu, ditemui terapung antara jam 11.35 pagi dan 12.45 tengah hari di Sungai Petani.[102]
  • 18 Februari - Seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) maut, manakala tiga orang rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kilometer 154 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin.[103]
  • 18 Februari - Seorang pekerja menggantung diri di hadapan kedai runcit di Taman Selayang, Batu Caves, ketika tengah malam selepas dipercayai membunuh rakan sekerjanya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam di Selayang, Selangor.[104]
  • 18 Februari - Seramai 850 orang pengguna perkhidmatan SkyCab di Gunung Mat Chinchang, Langkawi, terkandas dipercayai akibat kerosakan teknikal dalam kejadian jam 6 petang.[105]
  • 18 Februari - Empat maut, dua parah dan empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari di Kilometer 45.4 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.[106]
  • 18 Februari - Seorang lelaki menyerang isterinya lalu memukulnya dengan kerusi logam dengan kemarahan selepas mendapati bahawa dia keluar dengan adik-beradiknya dalam kejadian di Kampung Puru-Puru, Ranau, Sabah pada pukul 11 pagi.[107]
  • 19 Februari - Seorang wanita dan rakannya maut pada ulang tahun kelahiran ke-27, selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, Selangor.[108]
  • 19 Februari - Seorang pembekal alat ganti mesin dan jentera dipenjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai polis untuk menukar sampel air kencingnya ketika ditahan di sebuah pusat karaoke pada Januari.[109]
  • 19 Februari - Seorang peniaga wanita direman empat hari, selepas dipercayai memberi sogokan sebanyak RM1,200 kepada pegawai polis sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya.[110]
  • 19 Februari - Seramai tujuh orang pemancing dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di sungai berhadapan Kem Tentera 502, Sungai Buloh.[111]
  • 20 Februari:
    • Jabatan Hidupan Liar Sabah menangkap dan memindahkan tiga ekor gajah Pigmi Borneo yang berada di sekitar kawasan perkampungan di sini, bagi mengurangkan konflik haiwan berkenaan dengan penduduk.[112]
    • Seorang lelaki mati dipercayai ditikam oleh anak saudaranya dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang di Kampung Sembulan Lama, Kota Kinabalu.[113]
    • Dua orang lelaki termasuk seorang anggota polis maut dan isterinya parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, dekat Jambatan Kusial, Tanah Merah.[114]
    • Tragedi kepala air:
      • Usaha mencari empat lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Gasi, Sungai Buloh diteruskan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Hassan 'As'hari Omar berkata, kekuatan pasukan mencari dan menyelamat turut ditambah daripada 60 kepada 70 orang dari pelbagai agensi.[115]
      • Mayat keempat mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh ditemukan berhampiran Desa Coalfields.[116]
      • Mayat terakhir mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh, ditemukan berhampiran jambatan Puncak Alam.[117]
      • Operasi mencari kesemua mangsa yang dihanyutkan kepala air ketika memancing di Sungai Gasi, Sungai Buloh dihentikan pada jam 6.30 petang.[118]
  • 21 Februari - Dua orang individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM2,000 kepada seorang anggota polis, tiga tahun lalu.[119]
  • 21 Februari - Sepasang suami isteri masing-masing dihukum penjara 15 bulan dan denda RM28,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, selepas mengaku bersalah atas 28 pertuduhan pilihan mempergunakan 19 orang remaja serta kanak-kanak bagi tujuan mengemis.[120]
  • 22 Februari - Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam kereta Perodua Myvi dipandu, manakala rakannya patah tangan selepas merempuh belakang lori dalam kejadian di Kilometer 217, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Alor Gajah, Melaka.[121]
  • 22 Februari - Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas tuduhan menyalah guna harta milik syarikat berkenaan dengan menjual tiga drum drop fiber cable, tahun lalu.[122]
  • 22 Februari - Polis menahan lima orang individu termasuk seorang wanita dan merampas tiga laras senjata api tiruan buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah kongsi terletak tujuh kilometer dari bandar Tuaran, Sabah.[123]
  • 22 Februari - Pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee telah ditahan selepas memberi keterangan di Bukit Aman mengenai kes klip videonya ‘Like a Dog’.[124]
  • 23 Februari - Dua blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa, musnah dalam kebakaran yang bermula pada kira-kira jam 12.15 tengah hari itu memusnahkan pejabat, bilik guru, pusat sumber, dewan mini, bilik agama Islam, bilik skim pinjaman buku teks (SPBT) serta beberapa kelas Tahun Satu hingga Tiga.[125]
  • 23 Februari - Pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee, direman selama empat hari sehingga 26 Februari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.[126]
  • 23 Februari - Seorang lelaki ditemui mati akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian pada jam 4:15 petang di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat, Kelantan.[127]
  • 24 Februari - Seorang deejay muzik sebuah hotel terkemuka, ditahan selepas menyerang dan menampar seorang pengawal keselamatan di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).[128]
  • 24 Februari - Seorang pengurus hotel berusia 28 tahun maut apabila Perodua Myvi dipandunya terjunam cerun di Kilometer 110 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor pada jam 5.15 pagi.[129]
  • 25 Februari - Pegawai Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang di ibu negara sejak 12 Februari lalu, ditemui dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri di hadapan rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat, Johor pada jam 4 petang.[130]
  • 25 Februari - Sebuah pesawat ringan milik Syarikat Woorayi Air Services terhempas di Ladang Kampung Melati, Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Seorang juruterbang warga Australia dilaporkan terselamat.[131]
  • 25 Februari - Dua orang peragut ditahan polis kira-kira sejam selepas meragut beg tangan seorang warga emas di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan.[132]
  • 25 Februari - Pelumba Cub Prix, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran maut dalam kemalangan jam 2 pagi di Kilometer 22.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, dekat Pajam, Seremban, Negeri Sembilan.[133][134]
  • 26 Febuari - Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan jalan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan kesesakan empat kilometer berlaku dari arah Hulu Klang ke Ampang kira-kira jam 9 pagi.[135]
  • 26 Februari - Pelakon dan penga­cara Neelofa dikecam atas tindakan beliau melancarkan koleksi tudung dan meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 di kelab malam Zouk.[136][137][138]
  • 27 Februari - Koleksi tudung terbaru Neelofa, "Be Lofa Turban" dengan 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi yang dijual pada harga RM73 dan RM75 habis dijual dalam masa 24 jam selepas pelancarannya.[139][140]
  • 27 Februari - Tiga orang pekerja penyelenggara sistem jana kuasa Menara Standard Chartered, Jalan Sultan Ismail nyaris maut selepas terhidu gas karbon dioksida selama lebih 10 minit.[141]
  • 27 Februari - Sebuah gegelung konkrit seberat kira-kira 10 tan terjatuh dari sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kira-kira jam 2.30 petang.[142]
  • 27 Februari - Polis menembak mati tiga orang lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan yang berlaku pada jam 2:30 petang di Batu 2, Jalan Kalabakan-Keningau, Tawau, Sabah.[143]
  • 28 Februari - Seorang lelaki maut, manakala anaknya cedera apabila treler yang mereka naiki dirempuh treler lain di Kilometer 315.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan Tapah, Perak pada jam 1.05 pagi.[144]
  • 28 Februari - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kangar hari ini atas tuduhan mendera anak perempuan mereka berusia 14 tahun pada awal bulan ini.[145]
  • 28 Februari - Tiga orang remaja perempuan masing-masing berusia 17 tahun sesat hampir empat jam ketika mendaki Apek Hill Cheras Awana pada jam 8 malam.[146]
  • 28 Februari - Seorang ahli perniagaan direman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.[147]

Rujukan[sunting sumber]

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai 2018-01-12. 
  2. ^ "With multiplatform the new reality, Astro Radio drops 'FM', refreshes 11 brands". Digital News Asia. Dicapai 2018-01-13. 
  3. ^ "Astro Radio hits refresh button on 11 brands". Marketing Magazine. 2018-01-02. Dicapai 2018-01-13. 
  4. ^ "Tearing down of Ampang Park shopping centre under way". 
  5. ^ Alia Mior (24 December 2017). "Bidding farewell to Ampang Park". Dicapai 9 January 2017. 
  6. ^ Ku Mohd Ridzuan Ku Abdul Rahman (3 Januari 2018). "Empat warga Singapura maut kemalangan jalan raya di Port Dickson". Kosmo!. Dicapai 9 Januari 2018. 
  7. ^ Khairil Anwar Mohd Amin (4 Januari 2018). "Empat guru agama terbabit kemalangan". Sinar Harian. Dicapai 9 Januari 2018. 
  8. ^ Khairul Abidin Nuar (5 Januari 2018). "Keropok udang logo halal meragukan dirampas". Utusan Malaysia. Dicapai 9 Januari 2018. 
  9. ^ Khairul Abidin Nuar (6 Januari 2018). "TLDM, Maritim Malaysia selamatkan bot nelayan tempatan". Utusan Malaysia. Dicapai 9 Januari 2018. 
  10. ^ Zulfadli Sharifudin (7 Januari 2018). "18,000 pelajar terima bantuan persekolahan Felcra". Utusan Malaysia. Dicapai 11 Januari 2018. 
  11. ^ Recqueal Raimi (7 Januari 2018). "Dijemput Ilahi di Gunung Kinabalu". Harian Metro. Dicapai 11 Januari 2018. 
  12. ^ "Pendaki maut ketika turun dari Gunung Kinabalu". Astro Awani. 8 Januari 2018. Dicapai 11 Januari 2018. 
  13. ^ Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman (8 Januari 2018). "Pemandu selamat treler jatuh jambatan 13 meter". Berita Harian. Dicapai 11 Januari 2018. 
  14. ^ "Lelaki maut dipukul dengan kayu api". Utusan Malaysia. 8 Januari 2018. Dicapai 9 Januari 2018. 
  15. ^ Khairul Abidin Nuar (8 Januari 2018). "Lelaki maut ditikam jiran". Utusan Malaysia. Dicapai 9 Januari 2018. 
  16. ^ Nur Azreen Arifin (8 Januari 2018). "Victoria Institution rai ulang tahun ke-125". Utusan Malaysia. Dicapai 11 Januari 2018. 
  17. ^ Zamzurina Ahmad (9 Januari 2018). "Pukul ibu: Pemuda dipenjara 7 tahun, 3 sebatan". Utusan Malaysia. Dicapai 9 Januari 2018. 
  18. ^ Khairul Abidin Nuar (10 Januari 2018). "Timbalan Pengarah JPJ Kedah cedera kemalangan". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Januari 2018. 
  19. ^ Nuraikha Saiful Bahari (8 Januari 2018). "Ketua jururawat maut kemalangan". Utusan Malaysia. Dicapai 11 Januari 2018. 
  20. ^ Wartawan Sinar Harian (10 Januari 2018). "Tiga mahasiswa UiTM Jasin parah kemalangan". Sinar Harian. Dicapai 13 Januari 2018. 
  21. ^ Nik Amirulmu'min Nik Min (11 Januari 2018). "Bayi meninggal dunia dalam buaian rumah pengasuh". Sinar Harian. Dicapai 11 Januari 2018. 
  22. ^ "Siti sahkan bakal timang bayi perempuan". Astro Awani. 11 Januari 2018. Dicapai 11 Januari 2018. 
  23. ^ "Actor Farid Kamil remanded for 4 daysfor allegedly slapping cop". The Malaysian Insight. 12 Januari 2018. Dicapai 13 Januari 2018. 
  24. ^ Maizatul Nazlina (12 Januari 2018). "Actor Farid Kamil remanded over alleged assault". The Star (Malaysia). Dicapai 13 Januari 2018. 
  25. ^ Mohamad Fahd Rahmat (16 Januari 2018). "Pelajar maut bertembung bas". Harian Metro. Dicapai 16 Januari 2018. 
  26. ^ Murni Wan Omar (16 Januari 2018). "9 tetap digantung". Harian Metro. Dicapai 16 Januari 2018. 
  27. ^ M. Kumar (16 Januari 2018). "Actor Farid Kamil out on bail". mSTAR Online. Dicapai 17 Januari 2018. 
  28. ^ Siti Nurazlinee Azmi (16 Januari 2018). "Farid Kamil didakwa 4 pertuduhan". Berita Harian. Dicapai 17 Januari 2018. 
  29. ^ Nor Azizah Mokhtar (16 Januari 2018). "Remaja maut dilempar kerusi dari atas PPR". Berita Harian. Dicapai 19 Januari 2018. 
  30. ^ Mohd Azam Shah Yaacob (16 Januari 2018). "Kerusi dilempar dari atas bunuh remaja [METROTV]". Harian Metro. Dicapai 19 Januari 2018. 
  31. ^ Asliza Musa (21 Januari 2018). "Empat maut motosikal bergesel, terbabas". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Januari 2018. 
  32. ^ Noor'ainon Mohamed Yusof (21 Januari 2018). "Empat maut motosikal bergesel sesama sendiri". Sinar Harian. Dicapai 22 Januari 2018. 
  33. ^ Nurfarahin Hussin (22 Januari 2018). "Empat remaja basikal lajak ditahan". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Januari 2018. 
  34. ^ Mohd. Firdaus Ismail (22 Januari 2018). "Penonton cedera jatuh longkang di Stadium Negeri Batu Kawan". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Januari 2018. 
  35. ^ "Sungai bertukar biru, dicemari pewarna produk plastik". The Malay Mail Online. 23 Januari 2018. Dicapai 26 Januari 2018. 
  36. ^ Zulkifli Manzor (23 Januari 2018). "Bahan pewarna plastik puncai air sungai Senawang bertukar biru". Kosmo!. Dicapai 26 Januari 2018. 
  37. ^ "Lembah Klang sesak teruk dilanda banjir kilat". Utusan Malaysia. 24 Januari 2018. Dicapai 26 Januari 2018. 
  38. ^ Fauzi Suhaimi (24 Januari 2018). "Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Januari 2018. 
  39. ^ Paul Gabriel (26 January 2018). "Asean-India summit a chance for Najib to negotiate better trade terms". thestar.com.my. New Delhi. Dicapai 1 February 2018. 
  40. ^ "Pelakon Hairul Azreen bebas jaminan polis". Utusan Malaysia. 26 Januari 2018. Dicapai 26 Januari 2018. 
  41. ^ Angelina Sinyang (26 Januari 2018). "Pemuda melecur bakar diri di rumah kekasih". Utusan Malaysia. Dicapai 26 Januari 2018. 
  42. ^ Mohd Aimy Ahmad (26 Januari 2018). "2 beranak maut kereta jatuh parit". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Januari 2018. 
  43. ^ Mohd Hussairy Sidek (26 Januari 2018). "Ibu lemas, anak parah kereta terjunam dalam sungai". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Januari 2018. 
  44. ^ "Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang". Astro Awani. 26 Januari 2018. Dicapai 3 Februari 2018. 
  45. ^ a b Nadia Shaiful Bahari (26 Januari 2018). "Habuan Guru Mengamuk Ketika Mesyuarat, Kementerian Pendidikan Keluar Arahan". mSTAR Online. Dicapai 26 Januari 2018. 
  46. ^ Yatimin Abdullah (27 Januari 2018). "Peniaga parah ditembak". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Januari 2018. 
  47. ^ Mohd Roji Kawi (27 Januari 2018). "Pemandu van maut". Berita Harian. Dicapai 29 Januari 2018. 
  48. ^ "Nasional | Berita Harian". www.bharian.com.my. Dicapai 2018-01-27. 
  49. ^ Muguntan Vanar (28 Januari 2018). "RM1.6mil in cash seized as MACC detains 5th suspect over Sabah railways issue". The Star (Malaysia). Dicapai 28 Januari 2018. 
  50. ^ Adrian David (28 Januari 2018). "Hotel GM charged with making false claim". New Straits Times. Dicapai 28 Januari 2018. 
  51. ^ Harith Nizar (28 Januari 2018). "Remaja lelaki mati terjatuh dari tingkat 16". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Januari 2018. 
  52. ^ Mohd Pirdaus Ismail (28 Januari 2018). "Pekerja kilang maut tersepit mesin pengisar". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Januari 2018. 
  53. ^ Khairul Najib Asarulah Khan (28 Januari 2018). "Tertimbus hingga paras pinggang". Berita Harian. Dicapai 29 Januari 2018. 
  54. ^ Abdul Rahemang Taiming (28 Januari 2018). "Lebih 20 penduduk hilang tempat tinggal". Berita Harian. Dicapai 29 Januari 2018. 
  55. ^ Abdul Rahemang Taiming (28 Januari 2018). "Pekerja maut, rempuh penghadang". Berita Harian. Dicapai 29 Januari 2018. 
  56. ^ Nursyahirah Marzuki (29 Januari 2018). "Pangsapuri penjawat awam terbakar". Berita Harian. Dicapai 29 Januari 2018. 
  57. ^ "Alibaba set to beat KL traffic jams with AI system". 2018-01-29. Dicapai 2018-01-29. 
  58. ^ "Hindi film on Hindu-Muslim love affair too sensitive, say censors". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-29. Dicapai 2018-01-29. 
  59. ^ "Visit Malaysia 2020 logo panned as a 'joke'". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-27. Dicapai 2018-01-29. 
  60. ^ "Nazri: We stand by the Visit Malaysia 2020 logo despite the flak - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai 2018-01-29. 
  61. ^ Irwan Shafrizan Ismail (1 Februari 2018). 370 dapat pingat sempena Hari Wilayah Berita Harian. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  62. ^ Yatimin Abdullah (1 Februari 2018). "Kanak-kanak maut tersembam dalam tong air". Utusan Malaysia. Dicapai 3 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  63. ^ Noor Hasliza Nusi (1 Februari 2018). "Pening, pengsan dakwa akibat kopi". Kosmo!. Dicapai 3 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  64. ^ Farhana Syed Nokman (2 Februari 2018). "Pewaris Kumpulan Berjaya, Naza berkahwin". Berita Harian. Dicapai 3 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  65. ^ Muhaamad Hafis Nawawi (4 Februari 2018). "Rahsia terbongkar di hospital". Berita Harian. Dicapai 5 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  66. ^ Abnor Hamizam Abd Manap (5 Februari 2018). "Berang sampai bakar lori". Berita Harian. Dicapai 5 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  67. ^ Nor Azizah Mokhtar (5 Februari 2018). "Pegawai polis ditahan miliki kenderaan curi". Berita Harian. Dicapai 5 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  68. ^ "Penolong jurutera ditemui mati depan rumah". Sinar Harian. 6 Februari 2018. Dicapai 7 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  69. ^ Khairah N. Karim (7 Februari 2018). "Rafizi Ramli jailed 30 months for breaching Bafia". New Straits Times. Dicapai 12 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  70. ^ Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (7 Februari 2018). "Sofi Jikan direman, dipercayai positif ganja". Sinar Harian. Dicapai 7 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  71. ^ Izlaily Nurul Ain Hussein (10 Februari 2018). "Wanita maut, seorang parah kereta bertembung". Berita Harian. Dicapai 12 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  72. ^ Farah Suhaidah Othman (10 Februari 2018). "Anggota TLDM maut, rakan sejawatan parah". Berita Harian. Dicapai 12 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  73. ^ "3 kakitangan pasar raya ditahan jual mercun, bunga api". Free Malaysia Today. 10 Februari 2018. Dicapai 12 Febuari 2018. Tiga lelaki yang berperanan sebagai pengurus besar, penjaga stor dan jurujual pasar raya itu ditahan dan pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM50,000 turut dirampas.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  74. ^ Recqueal Raimi (11 Februari 2018). "Anggota Cawangan Khas maut nahas". Berita Harian. Dicapai 12 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  75. ^ Mohd Azam Shah Yaacob (7 Februari 2018). "Penyamun larikan RM4,000 dari pasar raya". Berita Harian. Dicapai 12 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  76. ^ "Fesyen dan muzik tema AJL 32". Berita Harian. Dicapai January 24, 2018. 
  77. ^ "'Jampi' Hael Husaini Juara Lagu Ke-32". Mynewshub. 11 Februari 2018. Dicapai 14 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  78. ^ "Hael Husaini wins Anugerah Juara Lagu for hit song 'Jampi'". Star2. 12 Februari 2018. Dicapai 14 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  79. ^ Nurul Fadila Awaludin (11 Februari 2018). "Jampi, Hael Husaini Juara AJL32". Kosmo!. Dicapai 14 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  80. ^ Recqueal Raimi (12 Februari 2018). "Lelaki maut, remaja parah motosikal tembung lori". Berita Harian. Dicapai 12 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  81. ^ Mohd Izham Unnip Abdullah (12 Februari 2018). "Murid SK Pekan Kota Marudu keracunan makanan". Berita Harian. Dicapai 13 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  82. ^ Nor Azizah Mokhtar (12 Februari 2018). "Wanita maut dilanggar lori pasir". Berita Harian. Dicapai 13 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  83. ^ Ayusliza Azizan (12 Februari 2018). "Pemandu rentung treler terbabas". Berita Harian. Dicapai 13 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  84. ^ "[VIDEO] Bapa didakwa bunuh Nur Aina Nabihah". Utusan Malaysia. 12 Februari 2018. Dicapai 13 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  85. ^ Mohd Hasbi Sidek, Mohd Azam Shah Yaacob (13 Februari 2018). "Bangunan KWSP terbakar". Harian Metro. Dicapai 13 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  86. ^ "Percikan api punca kebakaran Bangunan KWSP". Berita Harian. 13 Februari 2018. Dicapai 14 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  87. ^ Kalbana Perimbanayagam, Mohd Hasbi Sidek (13 Februari 2018). "Bangunan KWSP PJ ditutup sementara". Berita Harian. Dicapai 14 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  88. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (13 Februari 2018). "Pelajar maut, pisau traktor mesin rumput melayang". Berita Harian. Dicapai 14 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  89. ^ Siti Nor Hidayatidayu Razali (14 Februari 2018). "Suri rumah dituduh hina Agong". Berita Harian. Dicapai 16 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  90. ^ Israr Khalid (14 Februari 2018). "Selamat tinggal, Taufik..." Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2018. Dicapai 15 Februari 2018. 
  91. ^ Zaidi Mohamad (14 Februari 2018). "Azmil Mustapha meninggal dunia". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2018. Dicapai 14 Februari 2018. 
  92. ^ "Azmil Mustapha meninggal dunia ketika sedang tidur". Sinar Harian. 14 Februari 2018. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  93. ^ Farhan Ikram (14 Februari 2018). "Pelakon 'Ali Setan' Azmil Mustapha Meninggal Dunia". mSTAR Online. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  94. ^ "Veteran 'Ali Setan' actor Azmil Mustapha dies". The Star. 14 Februari 2018. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  95. ^ Mohamed Farid Noh (15 Februari 2018). "Percutian tragedi keluarga guru". Berita Harian. Dicapai 16 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  96. ^ Khairul Abidin Nuar (15 Februari 2018). "Bapa didakwa dera bayi". Utusan Malaysia. Dicapai 16 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  97. ^ Othman Yahaya (15 Februari 2018). "Tiga beranak maut, dua parah". Utusan Malaysia. Dicapai 16 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  98. ^ Nur Afiradina Arshad (16 Februari 2018). "Penunggang motosikal putus kepala". Berita Harian. Dicapai 16 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  99. ^ Sharifah Mahsinah Abdullah dan Azlan Hafeedz (16 Februari 2018). "4 sekeluarga lemas". Berita Harian. Dicapai 16 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  100. ^ "Api mercun bakar enam gerai". Kosmo!. 19 Februari 2018. Dicapai 19 Febuari 2018. Tindakan seorang peniaga main mercun dekat gerai jadi punca kejadian kebakaran  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  101. ^ "Enam gerai terbakar, dua kereta hangus gara-gara baling mercun". Astro Awani. 18 Februari 2018. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  102. ^ Omar Osman (18 Februari 2018). "5 mayat ditemui terapung di Sungai Muda". Berita Harian. Dicapai 18 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  103. ^ Mohamad Azim Fitri Abd Aziz (18 Februari 2018). "Pelajar UTM maut, tiga pelajar cedera nahas". Berita Harian. Dicapai 18 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  104. ^ Mohd Hasbi Sidek (18 Februari 2018). "Gantung diri lepas bunuh rakan". Berita Harian. Dicapai 18 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  105. ^ Hamzah Osman (18 Februari 2018). "850 pengguna kereta kabel Langkawi terkandas". Berita Harian. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  106. ^ D J Dolasoh (18 Februari 2018). "Empat maut nahas tiga kenderaan". Berita Harian. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  107. ^ Junaidi Ladjana (18 Februari 2018). "Man assaults wife, hits her with metal chair for going out with her siblings". New Straits Times. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  108. ^ Ruwaida Md Zain (19 Februari 2018). "Maut langgar plaza tol selepas sambut hari lahir". Berita Harian. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  109. ^ Farah Marshita Abdul Patah (19 Februari 2018). "Peniaga cuba rasuah polis dipenjara, denda". Berita Harian. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  110. ^ Junaidi Ladjana (19 Februari 2018). "Peniaga cuba rasuah polis dipenjara, denda". Berita Harian. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  111. ^ Nurfarahin Hussain (19 Februari 2018). "Tujuh pemancing dikhuatiri lemas". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  112. ^ Poliana Ronnie Sidom (20 Februari 2018). "Tiga gajah akan ditangkap, dipindahkan". Berita Harian. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  113. ^ Junaidi Ladjana dan Mohd Nazllie Zainul (20 Februari 2018). "Mati ditikam anak saudara". Berita Harian. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  114. ^ Mohamed Sahidi Yusof (20 Februari 2018). "2 maut, 1 parah motosikal bertembung". Berita Harian. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  115. ^ Farabi Said Al Jabri (20 Februari 2018). "Operasi mencari diteruskan". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  116. ^ Farabi Said Al Jabri (20 Februari 2018). "Tragedi kepala air: Mayat keempat ditemukan". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  117. ^ Mohamed Sahidi Yusof (20 Februari 2018). "Tragedi kepala air: Mayat terakhir ditemukan". Berita Harian. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  118. ^ Farabi Said Al Jabri (20 Februari 2018). "Tragedi kepala air: Operasi pencarian dihentikan". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  119. ^ Mohd. Rafie Azimi (21 Februari 2018). "Dua sekeluarga didakwa rasuah polis". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  120. ^ Shaarani Ismail (21 Februari 2018). "Padah guna budak untuk mengemis". Harian Metro. Dicapai 22 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  121. ^ Nur Saliawati Salberi (22 Februari 2018). "Nahas langgar lori". Harian Metro. Dicapai 22 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  122. ^ Izlaily Nurul Ain Hussein (22 Februari 2018). "Tak mengaku jual harta TM". Harian Metro. Dicapai 22 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  123. ^ Junaidi Ladjana dan Recqueal Raimi (22 Februari 2018). "Bahaya senapang paip PVC !". Harian Metro. Dicapai 22 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  124. ^ "Namewee ditahan kes klip video 'Like a Dog'…". Agenda Daily. 22 Februari 2018. Dicapai 23 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  125. ^ Abdul Rahemang Taiming (23 Februari 2018). "Dua blok bangunan kayu SK Sentosa, Tawau terbakar". Berita Harian. Dicapai 23 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  126. ^ Safeek Affendy Razali (23 Februari 2018). "Namewee direman 4 hari". Berita Harian. Dicapai 23 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  127. ^ Siti Rohana Idris (23 Februari 2018). "Lelaki maut terkena renjatan elektrik". Berita Harian. Dicapai 24 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  128. ^ Safeek Affendy Razali (24 Februari 2018). "Deejay mabuk serang, tampar pengawal keselamatan". Berita Harian. Dicapai 24 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  129. ^ Mohamad Fahd Rahmat (24 Februari 2018). "Pengurus hotel maut kereta terjunam cerun". Berita Harian. Dicapai 24 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  130. ^ Mohamed Farid Noh (25 Februari 2018). "Pegawai Mahkamah Syariah KL hilang 2 minggu, ditemui selamat". Berita Harian. Dicapai 26 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  131. ^ Amin Ridzuan Ishak (25 Februari 2018). "Pesawat ringan terhempas di Muadzam Shah". Berita Harian. Dicapai 26 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  132. ^ Rosliza Mohamed (25 Februari 2018). "Ditahan selepas sejam meragut". Berita Harian. Dicapai 26 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  133. ^ Raja Noraina Raja Rahim (25 Februari 2018). "Pelumba Cub Prix maut nahas". Berita Harian. Dicapai 26 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  134. ^ Raja Noraina Raja Rahim (25 Februari 2018). "Perginya sebutir bintang". Harian Metro. Dicapai 26 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  135. ^ "Kren tumbang di MRR2". Berita Harian. 26 Februari 2018. Dicapai 26 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  136. ^ Nurul Fadila Awaludin (28 Februari 2018). "Hajah Neelofa dicop artis liberal". Kosmo! Online. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  137. ^ Syahirah Mokhtazar (27 Februari 2018). "(Showbiz) Netizens condemn Neelofa launching hijab collection in night club [NSTTV]". NST Online. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  138. ^ Janice Tan (27 Februari 2018). "Neelofa under fire (again) for launching hijab collection at Zouk". Marketing Interactive. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  139. ^ Yiswaree Palansamy (27 Februari 2018). "Neelofa's turbans sold out after nightclub launch". The Malay Mail. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  140. ^ Madiha Abdullah (27 Februari 2018). "Sentuhan menjadi! koleksi terbaharu tudung Neelofa habis terjual". Astro Awani. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  141. ^ Safeek Affendy Razali (27 Februari 2018). "3 penyelenggara nyaris maut terhidu gas". Berita Harian. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  142. ^ Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin (27 Februari 2018). "Gegelung konkrit jatuh atas jalan". Berita Harian. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  143. ^ Abdul Rahemang Taiming (27 Februari 2018). "3 penjenayah mati ditembak polis". Berita Harian. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  144. ^ Farah Suhaidah Othman (28 Februari 2018). "Bapa maut, anak cedera kemalangan 2 treler". Berita Harian. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  145. ^ Muhammad Mustakim Ramli (28 Februari 2018). "Didakwa dera anak". Harian Metro. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  146. ^ Mohd Azam Shah Yaacob (28 Februari 2018). "Remaja sesat di Apek Hill". Harian Metro. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  147. ^ Zanariah Abd Mutalib (28 Februari 2018). "Projek terowong: Ahli perniagaan direman 6 hari". Berita Harian. Dicapai 28 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)