Portal:Hal semasa di Malaysia/2012
2012[sunting sumber]
- 7 Disember - Pesta jualan buku Big Bad Wolf 2012 berlangsung di Mines Resort City, Seri Kembangan.
- 1 Disember - Musim ke-2 MasterChef Malaysia tamat dengan Izyan Hani Mohd Izham muncul juara.
- 23 November - Anugerah Shout! 2012 berlangsung di Sunway Lagoon, Petaling Jaya.
- 23 November - MAHA 2012 berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor.
- 17 November - Anugerah Industri Muzik ke-19 berlangsung di Stadium Putra, Kuala Lumpur.
- 9 November - Anugerah Skrin 2012 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
- 9 November - Pemain badminton Lee Chong Wei berkahwin dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo.
- ? Oktober - Harimau Muda A menjuarai Piala Thanh Nien 2012.
- 20 Oktober - Kelantan FA menjuarai Piala Malaysia 2012.
- 23 September - Sistem Penguatkuasaan Automatik mula berkuatkuasa.
- 9 September - Pasukan bola sepak Malaysia B-22 menjuarai Piala SCTV 2012.
- 31 Ogos - Ulangtahun Hari Kebangsaan Malaysia kali ke-55.
- 9 Ogos - Di Sukan Olimpik, Pandelela Rinong memenangi pingat gangsa acara terjun pelantar 10 meter wanita.
- 5 Ogos - Di Sukan Olimpik, Lee Chong Wei memenangi pingat perak perseorangan badminton lelaki.
- 26 Julai - Sebuah kapal tangki terbakar, diikuti beberapa letupan yang menggegarkan Labuan.
- 19 Julai - Tiga orang maut apabila sebuah helikopter terhempas dekat muara Sungai Lingga, Sri Aman, Sarawak.
- 14 Julai - Himpunan Oren 2012 berarak di Kuala Lumpur.
- 10 Julai - Dua orang bersenjatakan pedang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya.
- 7 Julai - Kelantan FA menjuarai Liga Super Malaysia 2012.
- 4 Julai - Dem Lepak Boyz muncul juara Showdown 2012.
- 2 Julai - Lembah Lenggong diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO keempat di Malaysia.
- 24 Jun - Datuk Seri Dr. Ali Hamsa menjadi Ketua Setiausaha Negara baharu, menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
- 10 Jun - Mentor (musim 6) dijuarai Puteri Caroline Mohd Kamel, protege Ella.
- 8 Jun - PTPTN membekukan pinjaman pendidikan kepada pelajar UNISEL dan KUIS, namun kemudian menarik semula ketetapan tersebut.
- 1 Jun - Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 2012 diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
- 1 Jun - Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat pendatang asing Sabah 2012 ditubuhkan.
- 1 Jun - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam ditubuhkan.
- 29 Mei - Kontroversi plet kereta WWW1 meletus.
- 26 Mei - Himpunan Jutaan Belia 2012 diadakan di Putrajaya.
- 19 Mei - Kelantan FA memenangi Piala FA Malaysia buat kali pertama.
- 19 Mei - Pertandingan realiti Mania! dimenangi oleh Hafiz AF7.
- 19 Mei - Program program promosi Citrawarna dijalankan di Kuala Lumpur.
- 13 Mei - Demo bantah tol Batu Tiga dan Sungai Rasau 2012 diadakan di Shah Alam.
- 9 Mei - Panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 ditubuhkan.
- 5 Mei - Himpunan Tanah Rakyat 2012 diadakan di Plaza Angsana, Johor Bharu.
- 28 April - Polis menahan lebih 500 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 3.0 (gambar) di Kuala Lumpur.
- 16 April - Proton Prevé dilancarkan.
- 11 April - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 telah berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta.
- 8 April - Aaron Aziz menjadi "Bintang Paling Popular" Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
- 3 April - Laporan akhir PSC 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat.
- 25 Mac - Pelumba Ferrari Fernando Alonso memenangi Grand Prix Malaysia 2012.
- 4 Mac - Pelumba Androni Giocattoli-Venezuela José Serpa memenangi Tour de Langkawi 2012.
- 26 Februari - Himpunan Hijau 2.0 diadakan di Kuantan, bagi membantah pembinaan loji nadir bumi Lynas di Gebeng.
- 2 Februari - Salah seorang pemimpin utama Jemaah Islamiyah Marwan dilaporkan terbunuh di selatan Filipina.
- 29 Januari - Awan Nano nyanyian Hafiz menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke-26.
- 9 Januari - Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 berlangsung dengan aman.
- 9 Januari - Anwar Ibrahim (gambar) didapati tidak bersalah dalam kes liwat yang membabitkannya dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.
- 7 Januari - Negeri Sembilan menewaskan Kelantan untuk menjuarai Piala Sumbangsih 2012.