Portal:Hal semasa di Malaysia/2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

2014

  1. 18 Disember Banjir pada tahun ini sangat teruk di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
  2. 1 December Warganegara Malaysia boleh membuat pendaftaran atau mengemaskinikan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) 2015 mulai 1 Desember 2014.
  3. 22 Oktober Hari Deepavali akan disambut pada 22 Oktober 2014.
  4. 4 Oktober Malaysia mendapat 5 pingat emas ,14 pingat perak, 14 pingat gangsa dan 33 pingat keseluruhan di Sukan Asia ke-17. Malaysia menduduki tempat yang ke-14.
  5. 2 Oktober Harga petrol RON 95 dan diesel naik 20 sen.
  6. 25 September - Calon BN Mat Razi Mat Ail mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor dalam pilihan raya kecil.
  7. 23 September - Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baharu.
  8. 18 September - Kuala Nerus diisytiharkan sebagai daerah ke-8 di Terengganu.
  9. 16 September - Muktamar PAS 2014 berlangsung di Sri Gading, Johor
  10. 13 September - Eksesais Keris Strike 2014 dijalankan Tentera Darat Malaysia di pantai timur Semenanjung Malaysia bersama pasukan USARPAC A.S.
  11. 31 Ogos - Pasukan Harimau Muda B-16 memenangi Trofi Juara-Juara Asia B-16 FAM – Frenz 2014.
  12. 22 Ogos - Kongres Nasional PKR 2014 berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
  13. 22 Ogos - 20 mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dibawa pulang ke tanah air.
  14. 9 Ogos - Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada partinya PKR.
  15. Pesawat MH17
    Pesawat MH17
  16. 17 Julai -Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
  17. 16 Julai - Perintah berkurung dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri di luar pantai timur Sabah.
  18. 15 Jun - Pegawai Tourism Malaysia Azizul Raheem Awalludin, yang dipenjara di Sweden kerana memukul anaknya, kembali ke Malaysia selepas dibebaskan.
  19. 25 Jun - Tiga menteri baharu dilantik ke Kabinet Malaysia.
  20. 7 Jun - Pahang menewaskan Felda United dalam perlawanan akhir untuk memenangi Piala FA Malaysia 2014.
  21. 4 Jun - Sukan Malaysia XVII ditutup di Perlis.
  22. 3 Jun - Suwaibah Muhammad Nasir berjaya menyempurnakan Larian Terusan Sutera Merentasi Laluan Marco Polo.
  23. 31 Mei - Calon BN yang juga presiden Gerakan Mah Siew Keong memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan 2014.
  24. 29 Mei - Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35.
  25. 28 Mei - Bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah‎ dari Perak mangkat.
  26. 25 Mei - Calon DAP Ramkarpal Singh memenangi pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014, menggantikan bapanya Karpal Singh.
  27. 24 Mei - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
  28. 22 Mei - Diplomat Muhammad Rizalman Ismail yang dikatakan menyerang seorang wanita di Wellington, New Zealand pulang ke Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik.
  29. 21 Mei - Dua ekor Panda Gergasi dari China tiba di Malaysia.
  30. 12 Mei - Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Ahmad Said, menimbulkan krisis di negeri itu.
  31. 4 Mei - Malaysia mendapat tempat ketiga dalam Hoki Cabaran Juara-Juara I 2014, edisi terakhir kejohanan itu.
  32. 17 April - Pengerusi DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.
  33. 10 April - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengakui beliau masih berada di Malaysia ketika Peristiwa Memali 1985 terjadi.
  34. 30 Mac - Grand Prix Malaysia 2014 dimenangi oleh Lewis Hamilton.
  35. 29 Mac - Yussibnosh Balo memenangi pilihan raya kecil Balingian 2014, mengekalkan kerusi DUN tersebut bagi pihak BN.
  36. 24 Mac - Penerbangan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan 370 (gambar pesawat), yang hilang pada 8 Mac, berakhir di selatan Lautan Hindi tanpa ada yang terselamat.
  37. 23 Mac - Wan Azizah Wan Ismail memenangi pilihan raya kecil Kajang 2014, mengekalkan kerusi DUN tersebut bagi pihak PKR.
  38. 23 Mac - Pasukan hoki kebangsaan Malaysia‎‎ menjadi naib juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014.
  39. 8 Mac - Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (gambar), dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
    Pesawat MH370 yang hilang
    Pesawat MH370 yang hilang
  40. 1 Mac - Jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dirasmikan Perdana Menteri.
  41. 1 Mac - Ketua Menteri Sarawak keempat Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh.
  42. 28 Feb - Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima.
  43. 26 Jan - Hafiz menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-28 dengan lagu Bahagiamu Deritaku.
  44. 4 Jan -Tahun Melawat Malaysia 2014 (gambar logo) dirasmikan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
    Tahun Melawat Malaysia 2014
    Tahun Melawat Malaysia 2014