Portal:Harry Potter/Watak pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dolores Umbridge.jpg

Dolores Jane Umbridge merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J.K. Rowling. Umbridge mula muncul dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix sebagai Penolong Kanan Menteri Sihir (Cornelius Fudge), dan kemudian mengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam di Hogwarts.

Umbridge juga menjadi orang yang pertama dan satu-satunya dilantik sebagai "Pegawai Penyoal Siasat Hogwarts", yang memberikannya kuasa lebih ke atas para guru dan pelajar serta undang-undang sekolah serta mewujudkan Skuad Penyoal Siasat.


Lebih lanjut...