Portal:Kereta api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat Datang ke Portal Kereta Api
سلامت داتڠ کڤورتل کريتا اڤي

Dalam pengangkutan rel, kereta api atau tren terdiri daripada beberapa kenderaan bersambung yang bergerak di sepanjang landasan bagi membawa orang atau barangan angkut. Kereta api kebiasaanya ditarik atau ditolak oleh lokomotif (selalunya dikenali sebagai "enjin"), walaupun sesetengah daripadanya menggunakan sistem dorong diri seperti unit berbilang/berganda.

Kebanyakkan perkhidmatan kereta api dikendalikan di atas landasan konvesional yang diperbuat daripada keluli dengan reka bentuk tolok atau jarak antara rel yang berbeza. Sesetengah perkhidmatan turut menggunakan sistem monorel (yang berasaskan landasan alang tunggal) atau maglev (yang menggunakan daya elektromagnet).

Rencana pilihan
Stesen MRT Expo, salah satu stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat di Singapura
Stesen MRT Expo, salah satu stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat di Singapura

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (atau lebih dikenali sebagai MRT) adalah sebuah sistem alihan laju yang membentuk komponen utama dalam sistem kereta api di Singapura dan ia menjangkau di seluruh negara kota ini. Bahagian pertama sistem MRT ini iaitu di antara stesen Toa Payoh dan Yio Chu Kang telah dibuka pada 7 November 1987 dan ini menjadikannya sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara selepas sistem Transit Aliran Ringan Manila. Rangkaian pengangkutan ini berkembang pesat sebagai hasil daripada tujuan Singapura untuk membangunkan jaringan kereta api menyeluruh sebagai tulang belakang bagi sistem pengangkutan awam di Singapura.

Perkhidmatan MRT ini dilengkapi dengan beberapa rangkaian kereta api Sistem Rel Ringan (LRT), di mana ia menghubungkan stesen–stesen MRT dengan estet−estet perumahan awam Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). Setakat tahun 2016, kedua-dua sistem MRT dan LRT berjaya merekodkan purata perjalanan penumpang harian seramai 3.27 juta. (Rencana penuh...)
Gambar pilihan
Lokomotif wap air

Animasi lokomotif wap air yang menggunakan gear injap Walschaerts.

(Dihasilkan oleh Panther)