Portal:Korea/Intro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Korea (한국, 韓國) atau Chosŏn (조선, 朝鮮) merupakan sebuah kawasan geografi dan peradaban (tamadun) yang terdapat di Semenanjung Korea di Asia Timur. Semenanjung ini terletak di antara Tanah Besar China dan gugusan Kepulauan Jepun serta dikelilingi oleh tiga laut iaitu Laut Kuning di barat, Selat Korea di selatan dan Laut Jepun di timur. Korea merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia dimana ia telah tercatat di dalam sejarah sekitar tahun 2,333 SM. Pada tahun 1910, Korea telah dijajah oleh kuasa Jepun dan menjadi tanah jajahannya sehingga tahun 1945. Selepas berlakunya Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Kesatuan Republik Soviet Sosialis (KSSR) telah berperang di kawasan itu. Peperangan tersebut telah menyebabkan Korea dibahagi kepada dua entiti politik yang berbeza iaitu Republik Demokratik Rakyat Korea (조선 민주주의 인민 공화국, 朝鮮民主主義人民共和國) yang diperintah oleh pihak berfahaman komunis serta Republik Korea (대한민국, 大韓民國) yang merupakan sebuah negara demokrasi yang kapitalis dan bebas.