Portal:Lautan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Portal Lautan

Pemandangan permukaan Lautan Atlantik

Lautan (Jawi: لاوتن) ialah jasad air yang sebahagian besar hidrosfera sesebuah planet. Di Bumi, lautan ialah salah satu bahagian konvensional utama Lautan Dunia. Ia meliputi, dalam urutan menurun menurut wilayah, Pasifik, Atlantik, Hindi, Selatan (Antartika), dan Artik. Frasa "lautan" atau "laut" yang digunakan tanpa spesifikasi merujuk pada badan air garam yang saling berhubungan yang meliputi sebahagian besar permukaan Bumi. Sebagai istilah umum, "lautan" dibezakan dengan saiz berbanding "laut". Lebih tegas lagi, laut adalah jasad air (umumnya pembelahan lautan dunia) sebahagian atau sepenuhnya terkepung oleh darat.

Untuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak dikenal sebagai suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika. Sementara pembahagian batas lautan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa, Lautan Selatan adalah bermula dari pantai benua Antartika sampai batas 60 derajat Lintang Selatan.

Portal yang berkaitan

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data