Portal:Makanan/Selected article/30

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sholezard (dengan kaligrafi "Ramadhan"), roti Sangak dan roti lain untuk iftar
Masakan Parsi atau masakan Iran adalah pelbagai, dengan setiap wilayah mencirikan hidangan, tradisi dan gaya masak-memasak yang berlainan mengikut rantau mereka.

Ia termasuk suatu kepelbagaian luas makanan berlingkungan dari chelow kabab (barg, koobideh, joojeh, shishleek, soltani, chenjeh), khoresht (sup yang dihidang dengan nasi Basmati putih atau nasi Iran: ghormeh sabzi, gheimeh, dan yang lain), aash (suatu sup pekat: sebagai contohnya Ash-e anar), kookoo (souffle sayuran), pollo (nasi putih sahaja atau dengan tambahan daging dan/atau sayur-sayuran dan herba, termasuk loobia pollo, albaloo pollo, Sabzi pollo, zereshk pollo, Baghali Polo dan lain-lain), dan kelainan meluas salad, pastri, dan minuman khusus ke bahagian tertentu di Iran. Senarai resipi, pembuka selera dan pencuci mulut Parsi adalah luas.

Herba sering digunakan bersama dengan buah-buahan seperti plum, delima, safarjal, prun, aprikot dan kismis. Masakan Parsi utama merupakan gabungan nasi dengan daging, daging bebiri, ayam, atau ikan dan sedikit bawang, sayuran, kacang dan herba. Untuk mencapai rasa seimbang, perasa ciri Parsi seperti safron, limau nipis kering, kulit kayu manis dan pasli dicampur halus dan digunakan dalam hidangan istimewa.

Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...