Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bendera Malaysia

Malaysia mula-mulanya menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956, dan semenjak itu sentiasa menghantar ahli sukan ke setiap temasya Sukan Olimpik Musim Panas, kecuali apabila menyertai boikot Sukan Olimpik 1980 dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2018 di PyeongChang Korea Selatan.

Selaku Persekutuan Tanah Melayu, pasukan negara bertanding sebagai Malaya (MAL) untuk Sukan 1956 dan 1960 Borneo Utara menghantar pasukan sendiri ke Sukan 1956, sementara Singapura turut bertanding di Olimpik dari tahun 1948 hingga 1960. Setelah ketiga-tiga jajahan British ini membentuk gagasan Malaysia yang merdeka pada tahun 1963, pasukan negara bertanding dengan nama itu buat julung kalinya di Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Kemudian, Singapura merdeka dari Malaysia pada 1965 lantas terus bertanding sebagai Singapura bermula dari 1968 dan acara sukan olimpik seterusnya.

Semenjak memenangi pingat pertama di temasya Barcelona 1992, Malaysia hanya meraih pingat dari acara badminton, sehinggalah Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dari acara terjun pada temasya London 2012.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Malaysia diasaskan pada tahun 1953 dan menerima pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1954.