Portal:Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Portal Poland

Bendera Poland
Jata negara Poland
Peta Poland dalam Eropah.

Poland (Poland: Polska) atau nama rasminya Republik Poland (Poland: Rzeczpospolita Polska) merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah yang menghadap ke Laut Baltik di utara. Poland bersempadan dengan negara Jerman di barat, Republik Czech dan Slovakia di selatan, Ukraine dan Belarus di timur dan Laut Baltik, Kaliningrad dan Lithuania di sebelah utara. Keluasan negara Poland ialah 312,696 kilometer persegi (120,733 bt2) menjadikan ia negara ke-69 terbesar di dunia dan kesembilan terbesar di Eropah. Dengan jumlah populasi kira-kira 38.5 juta orang, Poland merupakan negara ke-34 terpadat di dunia dan kelapan terpadat di Eropah. Poland juga merupakan sebuah negara kesatuan yang dibahagikan kepada 16 pentadbiran subbahagian.

Penubuhan negeri-negeri Poland dapat diimbas pada tahun 966 apabila Raja Mieszko I memerintah negara moden Poland dan memeluk agama Kristian. Kerajaan Poland telah ditubuhkan pada tahun 1025 dan pada tahun 1569, Poland mengeratkan hubungan politik dengan Duchi Agung Lithuania selepas menandatangani Perjanjian Lublin. Kedua-dua negara ini kemudian membentuk Komanwel Poland–Lithuania, salah satu kerajaan terbesar dan terpadat pada abad ke-16 dan ke-17 di Eropah. Komanwel kedua-dua negara ini berakhir pada tahun 1772-1785 apabila wilayah-wilayah Komanwel dibahagikan oleh Prusia, Rusia dan Austria. Poland mendapatkan semula kedaulatannya (sebagai Republik Poland Kedua) pada penghujung Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data
Wikibooks-logo.svg
Wiktionary-logo.svg
Wikinews-logo.svg
Wikiquote-logo.svg
Wikisource-logo.svg
Wikiversity-logo.svg
Commons-logo.svg
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikidata-logo.svg