Portal:Sastera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PORTAL SASTERA

Portal Sastera

Sebuah buku pengajian sastera Melayu Rakyat

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Rencana Pilihan

Kulit buku Hikayat Amir Hamzah dalam tulisan rumi

Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Amir Hamzah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam. Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayat ini dikatakan telah dibacakan bagi menaikan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.

Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayat ini dikatakan telah diberikan oleh Sultan Melaka untuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.

Arkib -Lebih lagi tentang buku ini...

Gambar Pilihan

Tulisan Tamil Brahmi

Skrip Tamil (atau vaṭṭeḻuttu "tulisan berbulat") ialah sejenis skrip Indic yang digunakan untuk menulis bahasa Tamil. Dengan penggunaan tanda diakritik khas untuk mewakili aspirasi (fonetik) dan konsonan bersuara yang tidak terdapat dalam skrip asas, skrip ini juga digunakan untuk menulis bahasa Saurashtra dan, oleh orang Tamil untuk menulis bahasa Sanskrit. Skrip Tamil mempunyai 12 huruf vokal (uyireḻuttu "huruf roh"), 18 konsonan (meyyeḻuttu "huruf jasad") dan satu aksara bergelar aytam yang dikelaskan dalam nahu bahasa Tamil sebagai bukan konsonan mahupun vokal (aliyeḻuttu "huruf khunsa"). Namun begitu, sistem tulisan ini berasaskan suku kata dan bukan huruf. Maka, dalam keseluruhan skrip ini terdapat 31 huruf dalam bentuk tunggal, ditambah dengan 216 huruf gugusan (uyirmeyyeḻuttu) yang mewakili setiap kombinasi konsonan dan vokal yang boleh dibentuk. Huruf gugusan ini dibentuk dengan membubuh tanda vokal pada konsonan. Sesetengah vokal memerlukan bentuk asas konsonan untuk diubah mengikut cara yang tertentu kepada vokal itu. Ada gugusan lain yang ditulis dengan membubuh akhiran, awalan atau apitan khusus pada vokal pada aksara konsonan. Dalam setiap kes ini tanda vokal berbeza bentuknya daripada bentuk tunggal bunyi vokal masing-masing.

Arkib - Baca lagi...

Biografi Pilihan

Datuk Dr. A. Samad Said

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.Kini beliau menetap di Bangsar, Kuala Lumpur. A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.

Arkib - Selanjutnya

Tahukah anda

Drama-icon.svg

...bahawa Opera Beijing telah diasaskan semasa era Dinasti Qing.

...bahawa perkataan Pawagam diperkenal dan dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

...bahawa Anugerah Penulis S.E.A. (S.E.A. Write Award), atau Anugerah Penulis Asia Tenggara - Southeast Asian Writers Award, merupakan anugerah yang diberikan setiap tahun semenjak 1979 kepada penyair dan penulis di Asia Tenggara.

...bahawa perkataan drama berasal daripada bahasa Greek yang bermakna "tindakan", dan bahasa Yunani Purba yang bermaksud "membuat".

...bahawa cerpen berasal dari Eropah dan karya yang bertajuk Kecelakaan Pemalas (dari Nor bin Ibrahim Al-Madrasi) merupakan cerpen pertama berada di Tanah Melayu pada tahun 1920.

Petikan Kata

Semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak kita mengetahui kelemahan diri. The more we learn, the more we learn about our ignorance.

  • Umum

Sastera ialah wadah yang kekal sebagai wadah Literature is news that stays news

  • Ezra Pound, U.S. Poet, 1885-1972

Sebuah buku ialah taman yang anda boleh bawa dalam poket.

  • Pepatah Arab

Penyumbang

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sastera, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.

  • MSWiki 08:57, 27 Julai 2007 (UTC)

Portal Berkaitan

Wikimedia Berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data
Wikibooks-logo.svg
Wiktionary-logo.svg
Wikinews-logo.svg
Wikiquote-logo.svg
Wikisource-logo.svg
Wikiversity-logo.svg
Commons-logo.svg
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikidata-logo.svg

Portal-portal

Purge server cache