Portal:Siti Nurhaliza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Portal


Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin SSAP, DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (Jawi: سيتي نورهاليزا بنت تارودين ; IPA: [ˈsiti nʊrhaˈliza ˈbinti taˈrudɪn]; lahir 11 Januari 1979) atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza ([ˈsiti nʊrhaˈliza]) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 di mana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records. Single sulungnya, "Jerat Percintaan" telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800,000 unit di Malaysia sahaja.

Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002. Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, China pada tahun 1999, dan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia, pada tahun yang sama.

Sehingga kini beliau telah memenangi lebih 250 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 42 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah MTV Asia, 3 World Music Awards, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Singapore Music Awards dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records. Di dalam kerjayanya, Siti telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris, bahasa Indonesia, basa Jawa, Mandarin, Hindi, Arab dan Jepun.

Berbekalkan dengan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan telah merakam lebih 250 lagu dan single, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit. Beliau kini merupakan antara artis yang berpengaruh di Kepulauan Melayu dan rantau Nusantara, apabila beliau telah diundi sebanyak 10 kali berturut-turut untuk kategori Artis Serantau Paling Popular, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula pada tahun 2001 sehingga 2011. Kini, beliau telah tersenarai sebagai salah seorang artis yang paling berpengaruh, paling banyak memenangi anugerah dan paling terkaya serta banyak menerbitkan single Beliau merupakan salah seorang artis Malaysia paling laris, untuk 2000, jualan album beliau sahaja menyumbang kepada 10 peratus jumlah jualan album Malaysia. Sehingga kini, beliau telah menjual lebih daripada 4.9 juta dalam jualan rakaman.

Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Pada tahun 2005, beliau menjadi artis pertama dari Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert secara solo di Royal Albert Hall, London dan diiringi oleh Orkestra Simfoni London. Pada tahun yang sama juga, beliau telah disenaraikan dikedudukan kedua sebagai Asia's Best Musical Artiste oleh MTV Asia dan Biggest Asian Artiste oleh Channel V juga di kedudukan kedua. Pada tahun 2008, beliau telah dinamakan sebagai salah seorang Asia's Idol oleh Asia News Network. Manakala pada tahun 2014 pula beliau menerima penghargaan sebagai Asian Music Legend daripada Top 10 of Asia. Kejayaannya di rantau Asia melayakkan Siti menerima gelaran tertinggi termasuk “Suara Asia” dan “Celine Dion Asia”.

Beliau juga disenaraikan sebagai salah seorang muslim yang berpengaruh oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja bagi 2016 dan 2017. Sebagai ahli perniagaan, beliau memiliki aset-aset perniagaan termasuk Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen).

Lebih lanjut mengenai Siti Nurhaliza....

Rencana pilihan

Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi wanita Malaysia. Beliau telah mengadakan sebanyak 16 konsert utama di Malaysia. Konsert solo pertamanya, Konsert Live Siti Nurhaliza diadakan pada 30 Oktober 1999 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Beliau sekali lagi menggegarkan Stadium Putra menerusi konsert solo keduanya Konsert Mega Siti Nurhaliza pada 30 Jun 2001. Pada Mei dan Jun 2002, beliau mengadakan konsert penghargaan untuk Allahyarham Sudirman Arshad sempena ulangtahun ke-10 kematiannya, Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir di Istana Budaya.

Maklumat lanjut....

Album pilihan

Unplugged (juga dikenali sebagai Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged) merupakan album secara langsung oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Ia dikeluarkan dalam format fizikal dan digital pada 30 Jun 2015. Trek utama yang semuanya diambil dari konsert beliau Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 di Istana Budaya pada 7 April 2015. CD, muat turun digital dan rakaman LP versi album telah didatangkan dengan tiga lagu baru bonus, "Menatap Dalam Mimpi", "Engkau" dan "Mikraj Cinta". Semuanya telah dirakamkan secara khusus untuk mengikuti tiga keluaran audio.

Pada 21 Jun 2015, "Mikraj Cinta", salah satu trek bonus yang dikeluarkan sebagai single sulung rasmi untuk album ini. Pada 25 Ogos 2015, satu lagi dua trek bonus Unplugged dicalonkan untuk Anugerah Planet Muzik 2015. "Menatap Dalam Mimpi" dicalonkan untuk kategori artis Terbaik (Wanita) sementara "Engkau" dicalonkan untuk Kolaborasi Terbaik (Lagu).

Pada 2016, Unplugged menerima empat anugerah daripada tujuh pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-22 termasuk bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita), Lagu Nasyid Terbaik untuk “Mikraj Cinta”. Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu untuk “Menatap Dalam Mimpi” dan Album Terbaik.

Maklumat lanjut....

Tahukah anda...

Lagu pilihan

"Jerat Percintaan" ialah single pertama yang dipersembahkan oleh penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza dari album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu ini meraih anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997, dan juga menggondol gelaran Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada dan Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 1996.

Maklumat lanjut....

Berita

  • Datuk Siti Nurhaliza lancar lagu raya baru yang pertama dalam tempoh 10 tahun. (sumber)
  • Datuk Siti Nurhaliza melancarkan album terbaru SimetriSiti, pada 10 Mei 2017. (sumber)
  • Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan beliau kini hamil empat bulan. (sumber)
  • Datuk Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Dato’ Sri (sumber)
  • Perkara yang anda boleh bantu

    - Bantu mencipta dan kembangkan semua rencana berkaitan Siti Nurhaliza.
    - Tambah gambar dan lebih butiran pada rencana berserta rujukan.

    Gambar pilihan


    Salinan album Unplugged yang ditandatangani.


    Lebih lagi gambar..

    Diskografi

    Album studio

    Siti Nurhaliza
    (1996)

    Siti Nurhaliza
    (1997)

    Cindai
    (1997)

    Adiwarna
    (1998)

    Pancawarna
    (1999)

    Sahmura
    (2000)

    Safa
    (2001)

    Sanggar Mustika
    (2002)

    E.M.A.S
    (2003)

    Anugerah Aidilfitri
    (2003)

    Prasasti Seni
    (2004)

    Transkripsi
    (2006)

    Hadiah Daripada Hati
    (2007)

    Lentera Timur
    (2008)

    Tahajjud Cinta
    (2009)

    All Your Love
    (2011)

    Fragmen
    (2014)

    SimetriSiti
    (2017)

    Wikimedia berkaitan

    Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
    Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

    Portal-portal