Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Sukan Olimpik Musim Panas 2020 (Jepun: 2020年夏季オリンピック, Hepburn: Nisen Nijuu Nen Kaki Orinpikku), secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXII (Jepun: 第三十二回オリンピック競技大会, Hepburn: Dai Sanjuuni-kai Orinpikku Kyougi Taikai) dan secara meluas dikenali sebagai Tokyo 2020 (Jepun: 東京2020), ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021 di Tokyo. Bandaraya ini diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-125 di Buenos Aires pada 7 September 2013. Tokyo sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1964 dan merupakan bandaraya kelima (yang pertama di Asia) untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.

Pada 24 Mac 2020, pihak IOC mengumumkan penundaan penganjuran acara ini ke tahun berikutnya berikutan pandemik COVID-19 yang berlaku pada masa itu. Pada 30 Mac, pihak IOC mengumumkan tarikh baharu ialah 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.