Portal:Tapak Warisan Dunia/Kriteria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kriteria pemilihan untuk dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia adalah seperti berikut:

  1. untuk mewakili sebuah mahakarya genius kreatif manusia;
  2. untuk memperlihat pertukaran nilai-nilai manusia, dalam jangka masa atau dalam kawasan kebudayaan dunia bagi perkembangan seni bina atau teknologi, seni agung, perancangan bandar atau reka bentuk landskap;
  3. untuk memberi kesaksian yang unik atau sekurang-kurangnya luar biasa terhadap tradisi budaya atau peradaban yang hidup atau yang telah hilang;
  4. untuk menjadi contoh luar biasa bagi jenis bangunan, kesatuan atau landskap seni bina atau teknologi yang menggambarkan tahap-tahap penting dalam sejarah manusia;
  5. untuk menjadi contoh luar biasa bagi penempatan manusia tradisional, penggunaan tanah, penggunaan laut yang mewakili budaya, atau saling hubung manusia dengan alam sekitar terutamanya apabila ia menjadi terancam di bawah impak perubahan yang tidak dapat dibalikkan;
  6. untuk dihubungkan secara terus atau ketara dengan peristiwa-peristiwa atau tradisi-tradisi hidup, dengan idea, atau dengan kepercayaan, dengan karya seni dan sastera yang mempunyai kepentingan sejagat yang luar biasa;
  7. untuk mengandungi fenomena semula jadi yang luar biasa atau kawasan dengan keindahan semula jadi atau kepentingan estetik yang luar biasa;
  8. untuk menjadi contoh luar biasa yang mewakili peringkat-peringkat utama sejarah bumi, termasuklah rekod kehidupan, proses-proses geologi ketara yang masih berlaku dalam perkembangan bentuk bumi, atau ciri geomorf atau fisiografi yang ketara;
  9. untuk menjadi contoh yang mewakili proses-proses ekologi dan biologi ketara yang masih berlaku dalam evolusi dan perkembangan daratan, air tawar, ekosistem pantai dan marin serta komuniti tumbuhan dan binatang;
  10. untuk mengandungi habitat-habitat semula jadi yang paling penting dan nyata untuk pemuliharaan in-situ kepelbagaian biologi, termasuklah yang mengandungi spesies terancam dengan bernilai sejagat yang luar biasa dari sudut sains atau pemuliharaan