Pos Kanada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Pos Kanada
Nama asliSociété canadienne des postes
Canada Post Corporation
Jenis/bentuk sahPerbadanan mahkota
IndustriPerkhidmatan pos, kiriman cepat
Ditubuhkan1 Julai 1867; 156 tahun yang lalu (1867-07-01) (sebagai Mel Diraja Kanada)
Ibu pejabat2701 Riverside Drive[1]
Ottawa, Ontario K1A 0B1
Tokoh penting
  • Doug Ettinger
    (Presiden & CEO)
  • Anita Anand (Menteri)
  • Jessica L. McDonald (Pengerusi Lembaga)
KeluaranKiriman cepat
Penghantaran barang muatan
Logistik
Hasil$8.2 bilion[2] (2017)
Pendapatan bersih$144 juta[3] (2017)
Bilangan kakitangan64,000[4]
Anak syarikatPurolator Inc. (91%)
Tapak webwww.canadapost.ca
Facebook: canadapost Twitter: canadapostcorp Instagram: canadapostagram LinkedIn: canada-post Youtube: UCxTBx_M_JaDSWCa7yPApPfA Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perbadanan Pos Kanada (Perancis: Société canadienne des postes; Inggeris: Canada Post Corporation), didagangkan sebagai Pos Kanada (Perancis: Postes Canada; Inggeris: Canada Post) ialah perbadanan mahkota yang berfungsi sebagai badan pengendalian pos utama di Kanada. Asalnya dikenali sebagai Mel Diraja Kanada, penjenamaan semula dilakukan dengan nama "Pos Kanada" pada akhir tahun 1960-an, walaupun badan tersebut belum dipisahkan daripada kerajaan. Pada 16 Oktober 1981, Akta Perbadanan Pos Kanada berkuat kuasa, dan ini menghapuskan Jabatan Pejabat Pos dan mengadakan perbadanan mahkota seperti sekarang yang menyediakan perkhidmatan pos.[5] Akta itu bertujuan untuk menetapkan arah tuju baru bagi perkhidmatan pos dengan memastikan keselamatan dan kebebasan kewangan perkhidmatan tersebut.[6]

Pos Kanada memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 16 juta alamat dan mengirim hampir 8.4 bilion barangan pada 2016 dan hasil gabungan daripada operasi mencecah $7.88 bilion.[4] Penghantaran dilakukan melalui perkhidmatan tradisional "ke pintu" dan penghantaran berpusat oleh 25 ribu penghantar surat melalui 13 ribu armada kenderaan. Terdapat lebih daripada 6,200 pejabat pos di seluruh negara, yang menggabungkan pejabat korporat dan francais swasta yang dikendalikan oleh pihak peruncit seperti kedai ubat. Dari segi kawasan, Pos Kanada memberikan perkhidmatan yang lebih meluas berbanding perkhidmatan serupa di negara lain, termasuklah Rusia (di mana perkhidmatan di Siberia terhad kepada masyarakat di sepanjang landasan kereta api). Sehingga tahun 2004, hampir 843 ribu pelanggan Kanada di luar bandar menerima perkhidmatan penghantaran surat kediaman.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Archived copy" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Ogos 2016. Dicapai pada 25 Julai 2016.CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ Olive, David (7 Mei 2018). "Latest results show Canada Post can deliver". Toronto Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2018. Dicapai pada 7 Mei 2018 – melalui MSN.
  3. ^ "Canada Post Group reports 2017 profit up as parcel business swells". CTV News (dalam bahasa Inggeris). 3 Mei 2018. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  4. ^ a b "2016 Annual Report - Overview" (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Perbadanan Pos Kanada. Dicapai pada 9 Jun 2017.
  5. ^ "Canada Post Corporation Act". Jabatan Keadilan (Kanada) (dalam bahasa Inggeris). Justice Laws. 1985. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  6. ^ Canada Post Corporation Act Diarkibkan 12 Mac 2014 di Wayback Machine Part I Section 5
  7. ^ Randall Denley (3 Mei 2008). "Canada Post set to deliver fatal blow to rural mail service" (dalam bahasa Inggeris). The Ottawa Citizen. Dicapai pada 17 Februari 2009.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Smith, Ken (2006). Main Street Memories. Lockport, NS: Community Books.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]