Poseidon (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Poseidon
PengarahWolfgang Petersen
Penerbit
Lakon layar olehMark Protosevich
BerdasarkanThe Poseidon Adventure oleh
Paul Gallico
Dibintangi oleh
Muzik olehKlaus Badelt
SinematografiJohn Seale
Disunting olehPeter Honess
Syarikat
penerbitan
PengedarWarner Bros. Pictures
Mula ditayangkan
6 Mei 2006 (2006-05-06)(Tribeca)
Mei 12, 2006 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
98 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
PerbelanjaanAS$160 juta
Pecah panggungAS$181.7 juta[1]

Poseidon merupakan filem 2006, ditayangkan di Malaysia pada 12 Mei 2006 dan dibintangi Kurt Russell, Josh Lucas, Emmy Rossum dan Richard Dreyfuss. Ia diarahkan oleh Wolfgang Petersen. Poseidon adalah nama Tuhan orang Greek.Filem ini berasaskan novel lama oleh Paul Gallico.

Plot[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan cerita ini berkisar di dalam kapal terbalik bernama Poseidon dalam pelintasan trans atlantik. Ketika dalam pelayaran , kapal persiaran Poseidon dilanda gelombang ombak yang besar setinggi hampir dua kali ganda besar kapal itu . Kapal itu terbalik ke sebelah kanan dan kemudian dasarnya ke atas dan bahagian dek ke bawah. Tentunya filem berkaitan dengan bencana alam yang membabitkan tsunami. Tsunami di Acheh terjadi pada 26 Disember 2004.

Kapal serba mewah itu penuh dengan kegiatan perjudian , tari-menari dan homoseksual. Jennifer Ramsey dan teman lelakinya Christian adalah pasangan intim yang akan melangsungkan pertunangan. Sementara bapa mereka tidak merestui hubungan tersebut . Bapanya bekas datuk bandar New York ialah Robert Ramsey , turut serta dalam pelayaran itu untuk melihat abangnya yang sakit di New York.

Segala-galanya menjadi tunggang-langgang setelah gelombang ombak tsunami menghempas kapal mewah itu.

Latar[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana filem Poseidon Adventure, filem Poseidon juga menggunakan set di atas kapal RMS Queen Mary pada tahun 2006. Pihak Warner Brothers telah menggunakan latar di Burbank , California. Teknik CGI banyak digunakan dalam filem ini.

Kos filem ini ialah RM150 juta. Ketika tayangan . filem ini bersaing dengan filem Mission: Impossible III hingga menyebabkannya gagal mengutip sasaran yang diharapkan.

Muzik latar[sunting | sunting sumber]

Muzik latar diterbitkan pada 9 Mei 2006 dan termasuklah muzik yang dikarang oleh Klaus Badelt, beserta lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Fergie, yang memainkan watak sebagai Gloria dalam filem ini, dan oleh Federico Aubele.

No. TajukDipersembahkan oleh Masa
1. "Won't Let You Fall"  Fergie 4:39
2. "Bailamos"  Fergie 3:10
3. "Postales"  Federico Aubele 4:09
4. "The Poseidon"  Klaus Badelt 3:19
5. "The Wave"  Klaus Badelt 4:37
6. "A Map and a Plan"  Klaus Badelt 2:30
7. "Fire Dive"  Klaus Badelt 2:48
8. "Claustrophobia"  Klaus Badelt 7:09
9. "Drowning"  Klaus Badelt 3:05
10. "Don't Look Down"  Klaus Badelt 3:44
11. "Escape"  Klaus Badelt 2:42

Be Without You (8:44) oleh Mary J. Blige dimainkan dalam filem ini tetapi ia tidak termasuk dalam muzik latar filem ini.

Para pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Nama watak
Josh Lucas Dylan Johns
Kurt Russell Robert Ramsey
Emmy Rossum Jennifer Ramsey
Jacinda Barrett Maggie James
Richard Dreyfuss Richard Nelson
Mike Vogel Christian
Mía Maestro Elena Gonzalez
Kevin Dillon Lucky Larry
Freddy Rodriguez Marco Valentin
Jimmy Bennett Connor James
Andre Braugher Captain Michael Bradford
Stacy Ferguson Gloria
Kirk B.R. Woller Chief Officer Reynolds
Kelly McNair Emily
Gabriel Jarret First Officer Chapman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Poseidon". Box Office Mojo. Dicapai September 16, 2007. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]