Pouter Reversewing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pouter Reversewing
Status pemuliharaan Biasa
Negara asal Jerman
Pengelasan
Kumpulan Baka A.S Hias
Merpati (Columba livia)
Seekor Pouter Reversewing kuning

Pouter Reversewing adalah sejenis baka merpati hias yang dibiakkan berdasarkan pembiakan terpilih. Pouter Reversewing bersama-sama baka-baka lain berasal dari jenis merpati ternak yang bersusur galur dari Burung Pergam Batu (Columba livia).[1] Baka ini dikenali kerana warna dan bentuknya yang menarik.[2]

Asal[sunting | sunting sumber]

Pouter Reversewing dipercayai dibiakkan sejak 150 tahun yang lalu di Saxony dan Thuringia.[2] Ia mula disebutkan oleh G. Neumeister pada tahun 1837 di dalam sebuah buku beliau yang bertajuk Every- thing In Pigeon Brooding. Beliau memanggil pouter ini dengan nama Pouter Gansel yang berbulu kaki. Pouter Reversewing pada masa itu mempunyai kaki dan bulu kaki yang pendek dan paruh yang berwarna merah.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Pouter Reversewing adalah sejenis baka merpati pouter bersaiz besar yang memiliki postur tubuh yang tegak. Kedudukan badannya adalah 70-80 darjah. Kira-kira 2/3 dari keseluruhan panjang badannya disokong oleh kakinya yang panjang. Bahunya berbentuk cembung dan tidak lebar. Bentuk belakangnya pula adalah menirus ke arah ekornya. Bulu kakinya mesti mempunyai beberapa lapisan, besar dan berbentuk bulat. Panjang bulu kakinya tidak kurang dari 3 inci. Pada hari ini, Pouter Reversewing boleh didapati dalam empat warna asas yang utama iaitu merah, kuning, hitam dan biru.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Levi, Wendell (1977). The Pigeon. Sumter, S.C.: Levi Publishing Co, Inc. ISBN 0-85390-013-2.
  2. ^ a b Seymour, Rev. Colin (Ed)(2006) Australian Fancy Pigeons National Book of Standards.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]