Powerpuff Girls Z

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Powerpuff Girls Z
The Powerpuff Girls Z
出ましたっ!パワパフガールズZ
(They're Here! Powerpuff Girls Z)
GenreAksi, Komedi, Gadis magik
Anime
Powerpuff Girls Z
PengarahHiroyuki Kakudou
StudioCartoon Network, Toei Animation, Aniplex
Penyiaran AsalJepun TV Tokyo
Penyiaran LainFilipina GMA 7, Cartoon Network
Thailand Modern Nine TV (6 April 2008-sekarang)
Australia Cartoon Network (16 Julai 2008-sekarang)
Mexico Cartoon Network (2 Ogos 2008-sekarang)
Brazil Cartoon Network Brazil (2 Ogos 2008)
Portugal RTP 2 (8 November 2008)
India Cartoon Network India (9 Disember 2008-sekarang)
Itali Cartoon Network,Rai Gulp
Malaysia Cartoon Network, ntv7 (4 Januari 2009-sekarang)
Perancis Cartoon Network Perancis (5 Januari 2009-sekarang)
Dikeluarkan pada1 Julai 200630 Jun 2007
Manga
Powerpuff Girls Z
PenerbitShueisha
DemografikShōjo
Majalah AsalRibon
Tarikh PengeluaranOgos 2006Masih diterbitkan
Portal Anime dan Manga

Powerpuff Girls Z (Jepun: 出ましたっ!パワパフガールズZ) adalah siri anime dari Jepun yang telah diadoptasikan dari siri kartun The Powerpuff Girls di Amerika Syarikat. Siri anime ini telah diterbitkan oleh TV Tokyo, Toei Animation, Aniplex dan Cartoon Network.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak protagonis[sunting | sunting sumber]

Tiga gadis dalam anime Demashita! Powerpuff Girls Z ialah:

  • Momoko Akatsutsumi, (Blossom): Pemimpin utama, seorang yang cantik. Menjelma sebagai "Hyper Blossom".
  • Miyako Goutokuji, (Bubbles): Seorang yang comel, periang dan manja. Menjelma sebagai "Rolling Bubbles".
  • Kaoru Matsubara, (Buttercup): Seorang yang berani, gagah dan kuat. Menjelma sebagai "Powered Buttercup".

Watak-watak lain dalam anime Demashita! Powerpuff Girls Z ialah:

  • Professor Utonium: Versi Jepun yang diadoptasikan dari watak Professor Utonium. Seorang yang bijaksana, pandai dan tegas.
  • Ken Kitazawa: Seorang budak lelaki yang bijaksana berumur 8 tahun. Anak kepada Professor Utonium.
  • Peach: Seekor anjing robot milik Professor Utonium.
  • Mayor Mayor: Seorang Datuk Bandar di bandar raya Tokyo, Jepun. (Seperti juga Mr Mayor sebagai Datuk Bandar Townsville!)
  • Miss Bellum: Penasihat kepada Mayor Mayor.
  • Miss Keane: Seorang guru di Sekolah Tinggi Tokyo.

Watak antagonis[sunting | sunting sumber]

  • Mojo Jo Jo: Musuh yang jahat, kejam dan suka melakukan kemusnahan pada bandar raya Tokyo.
  • Himeko Shirogane aka Princess Sama: Seorang puteri yang berasal dari kerabat diraja orang kaya Shirogane. Wataknya seakan-akan Princess Morbucks.
  • The Kat: Seekor kucing peliharaan milik puteri Himeko Shirogane.
  • Fuzzy Lumpkins: Seorang makhluk yang tingal di dalam hutan.
  • Sedusa: Seorang wanita yang jahat, pernah menyamar sebagai wanita cantik sebagai Sakurako Kintoki.
  • Ganggreen Gang (Geng Hijau): Terdiri daripada lima orang geng hijau iaitu Ace (ketua utama), Big Billy, Snake, Grubber, dan Lil Arturo.

Siaran[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Di Malaysia Powerpuff Girls Z boleh di tonton dalam tiga bahasa di Cartoon Network pada setiap hari pukul 05:00 petang dengan menekan butang bahasa (I-II) di alat kawalan jauh Astro. Selain itu, ia turut disiarkan di ntv7 pada setiap hari Sabtu jam 9:30 pagi.