Persatuan Penulis Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ppi)

Persatuan Penulis Johor (PPJ) merupakan satu persatuan penulis di Johor, Malaysia. [1]

Persatuan Penulis Johor merupakan salah satu dari Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V 1998 dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional. Salah seorang tokoh yang aktif bergiat dengan Persatuan Penulis Johor termasuk Cikgu Mokhtar bin Talib atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘Matlob’.[2]

Persatuan Penulis Johor turut mengadakan aktiviti program perkongsian ilmu dengan penulis yang telah menempa nama di Johor untuk memberikan panduan selain menyusun program bagi meningkatkan mutu penghasilan karya. Antaranya termasuk program Bicara PPJ bersama mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di Dewan Serbaguna Kampung Parit Baru pada 2011. Program itu turut dihadiri oleh 20 penulis dari pelbagai bidang penulisan di seluruh negeri termasuk Shafiai Mohd. Ramli dan Kassim Mahmuud. [3]

Persatuan Penulis Johor turut aktif menerbitkan buku-buku ahlinya, termasuk Revolusi yang Tolol: antologi cerpen penulis-penulis Johor, terbitan Persatuan Penulis Johor dan dicetak oleh Perintis Jaya. Buku ini diterbitkan pada tahun 1983 dan memiliki 249 halaman.[4], dan juga buku Tradisi Johor-Riau terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1987 dengan 419 halaman [5] PPJ telah menerbitkan puluhan antologi puisi termasuk Munajat untuk Palestin. PPJ mencipta sejarah apabila Hari Puisi Kebangsaan yang diadakan pada 12 Julai mulai tahun 2022, adalah cetusan idea Ketua Satu PPJ melalui 'Deklarasi Pontian' sempena Hari Puisi Nasional (HPN) ke-21 yang diadakan di Benut, Pontian. PPJ diketuai Zam Ismail semasa penubuhannya pada 10 Mei 1967. Kini, PPJ diketuai Amiruddin bin Md Ali Hanafiah sejak tahun 2005.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]