Prachanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Prachanda
प्रचण्ड
Pushpa Kamal Dahal.jpg
Perdana Menteri Nepal
Dalam jawatan
18 Ogos 2008 – 4 Mei 2009
President Ram Baran Yadav
Didahului oleh Girija Prasad Koirala
Digantikan oleh Madhav Kumar Nepal
Butiran peribadi
Lahir (1954-12-11) 11 Disember 1954 (umur 63)
Kaski, Nepal
Parti politik CPN (Maois)
Kediaman Baluwatar, Kathmandu, Nepal
Laman sesawang http://www.pmo.gov.np

Prachanda (Devanagari: प्रचण्ड pracaṇḍa IPA: [pɾəʦəɳɖə], nama penuh: Chhabilal Dahal, kemudian Pushpa Kamal Dahal, lahir pada 11 Disember 1954) ialah ketua Parti Komunis Nepal (Maois) yang dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal pertama sejak peralihan negara tersebut dari sistem beraja ke republik. Beliau juga merupakan pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat, iaitu sayap ketenteraan Parti Maois. Di bawah kepimpinan beliau, Parti Maois melancarkan Perang Rakyat Nepal pada 13 Februari 1996, yang menyaksikan kira-kira 13,000 orang Nepal terkorban.

Perluasan fahaman Marxisme-Leninisme-Maoisme oleh Prachanda agar mengambil kira keadaan di Nepal dikenali sebagai Prachanda Path.

Dewan Perwakilan Nepal mengundi Prachanda untuk menjadi Perdana Menteri pada 15 Ogos 2008.[1] Beliau mengangkat sumpah pada 18 Ogos 2008.[2] Bagaimanapun, Prachanda meletak jawatan pada 4 Mei 2009 setelah tindakannya memecat ketua tentera Jeneral Rookmangud Katawal dibangkang oleh Presiden Ram Baran Yadav.[3]

"Prachanda" ialah nom de guerre (nama perang) beliau; ertinya "si bengis".

Prachanda berucap di sebuah persidangan di Pokhara.

Rujukan dan catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ex-rebels' chief chosen as Nepal's new PM", Associated Press (International Herald Tribune), 15 Ogos 2008.
  2. ^ "PM Dahal sworn in", Nepalnews, August 18, 2008.
  3. ^ "Nepal PM quits in army chief row" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 4-5-2009. Dicapai 4-5-2009.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]