Pergi ke kandungan

Pranee Pramote

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pranee Pramote
Kelahiran
Prany Pramoth

1934 (1934)
Meninggal duniaMac 2016 (berumur 81–82)
Taman Sri Gombak, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1955–1973
Terkenal keranaBujang Lapok
PasanganAhmad Kassim

Pranee Pramote atau nama penuhnya Pranee Pramoth serta nama Islamnya Che Hasnah binti Che Mohamed, merupakan seorang pelakon wanita Singapura. Beliau terkenal watak tambahan sebagai pelanggan restoran dalam filem Bujang Lapok arahan P. Ramlee.[1]

Kehidupan awal dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Watak yang paling menyerlah lakonan beliau adalah filem Bujang Lapok sebagai gadis pisau cukur yang menipu P. Ramlee di kedai kopi.

Seniwati Pranee Pramote dilahirkan di Thailand pada tahun 1934 dengan nama Prany Pramoth. Nama Islamnya adalah Che Hasnah binti Che Mohamed. Filem pertama beliau adalah Kipas Hikmat pada tahun 1955 sebagai penari dan pada tahun yang sama juga beliau terus berlakon dalam filem Empat Isteri, Jubah Hitam, Roh Membela, Penarek Becha, Bernoda dan banyak lagi. Kebanyakan filem-filem lakonannya adalah sebagai penari dan gadis kampung.

Filem terakhir Pranee adalah Bunga Mas keluaran Studio Merdeka pada tahun 1973. Pada tahun 1958, Pranee telah mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Kassim, seorang pemain piano yang kerap bersama orkestra P. Ramlee. (Untuk maklumat anda, Ahmad Kassim yang memainkan piano untuk lagu Getaran Jiwa dalam Antara Dua Darjat) Ahmad Kassim juga adalah anak kepada Seniwati Mak Enon. Ini bermakna Pranee Pramote adalah menantu Mak Enon. Admin pernah interbiu Seniwati Pranee Pramote di rumahnya di Taman Melawati untuk sebuah program TV.[2]

Pranee Pramote meninggal dunia di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur pada Mac 2016 di usia 82 tahun.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1955 Kipas Hikmat Penari Filem pertama, pelakon tambahan
Jubah Hitam Pelakon tambahan
Roh Membela
Penarek Becha
Bernoda
1957 Bujang Lapok Pelanggan restoran
1958 Sumpah Orang Minyak
1959 Musang Berjanggut Pelakon tambahan
1960 Antara Dua Darjat
1973 Bunga Mas Filem terakhir