Prasasti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Prasasti Amoghapasa yang tertulis pada bahagian belakang Arca Amoghapasa bertarikh 1208 Saka (1286 M) - dihibahkan oleh Raja Kertanegara dari Kerajaan Singhasari untuk Kerajaan Malayu Dharmasraya di Sumatra. Sekarang prasasti ini menjadi item koleksi Muzium Nasional Republik Indonesia.

Prasasti ialah istilah dalam bahasa Indonesia yang mempunyai maksud tulisan kuno yang lazimnya mengandungi piagam atau surat rasmi yang tertulis pada batu. Di Malaysia, istilah batu bersurat lebih lazim digunakan.

Prasasti dipercayai mempunyai sesuatu kesan yang khas, ia boleh memberikan penerangan mengenai riwayat atau kronologi suatu peristiwa di masa lampau. Dalam prasasti juga lazim ditemui elemen-elemen tulisan berupa tarikh, nama tokoh, dan sebab mengapa prasasti itu dicipta.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Menurut etimologi, istilah prasasti merupakan kata pinjaman daripada istilah dalam bahasa kuno Jawa-Bali ꦥꦿꦱꦱ꧀ꦠꦶ (prasasti) dan ᬧ᭄ᬭᬘᬲ᭄ᬢᬶ (pracasti) yang ertinya "piagam" atau "dokumen", istilah ini diturunkan daripada kata dalam bahasa Sanskrit प्रशस्ती (prashasti) yang mempunyai maksud "pujian".[1][2][3]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Penggunaan istilah prasasti sangat lazim digunakan di Indonesia, bahkan istilah ini memiliki makna yang lagi luas; yang juga merujuk kepada sebarang tulisan yang dituliskan pada batu di zaman moden. Tradisi atau leluri prasasti di Indonesia masih lagi wujud yang lazimnya digunakan untuk menandai sebuah perayaan, peringatan, penghormatan, dan lainnya. Sedangkan di Malaysia lazim menggunakan istilah "batu bersurat" (Jawi: باتو برسورات) yang mempunyai maksud "batu yang mempunyai kandungan tulisan", salah satu contoh batu bersurat yang termahsyur di Malaysia iaitu Batu Bersurat Terengganu yang mengandungi tulisan dalam tulisan Jawi.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zoetmulder, P.J. (1982). Old-Javanese English Dictionary. The Hague: Martinus Nijhoff.
  2. ^ Kamus Bahasa Bali Kuno. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1985.
  3. ^ Maziyah, Siti (2018). "Implikasi Prasasti dan Kekuasaan Pada Masa Jawa Kuna" [Implikasi Batu Bersurat dan Kekuasaan Pada Masa Jawa Kuno]. ANUVA - Program Studi Sejarah, Fakulti Ilmu Budaya, Universiti Diponegoro (dalam bahasa Indonesia). 2 (2): 177–192. ISSN 2598-3040.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]