Prebet Lapok
Prebet Lapok | |
---|---|
Pengarah | Aziz Sattar |
Penulis | Aziz Sattar |
Dibintangi |
|
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Muzik oleh | Kassim Masdor |
Diedarkan oleh | Indra Film Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | 1979 |
Durasi tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Prebet Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1979. Filem Prebet Lapok diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Prebet Lapok mula ditayangkan pada 1979 di pawagam seluruh negara. Menampilkan A. R. Badul, Azlina Aziz dan ramai lagi.
Pengarah[sunting | sunting sumber]
Filem Prebet Lapok diarah oleh pengarah Aziz Sattar pada 1979.
Ringkasan[sunting | sunting sumber]
Kisah seorang pemuda yang nakal bernama Badul Lapok sering mengusik anak-anak dara di kampung dan kerana tidak mempunyai pekerjaan, ia dipujuk supaya memohon menjadi anggota tentera dan diterima. Semasa menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson, banyak peristiwa lucu berlaku dan di dalam diam-diam seorang gadis telah terpikat dengan Badul. Dalam operasi menentang insurgensi komunis, Badul mempamerkan keberanian beliau dengan kejayaan menembak mati seorang pengganas komunis dan menawan dua orang komunis. Manakala, Kapten Zulkifli mengalami cedera parah akibat terkena periuk api semasa penyusupan ke kem musuh.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- A. R. Badul sebagai Prebet Badul Lapok
- Azlina Aziz sebagai Azlina
- Tawil sebagai Prebet Tawil
- Aziz Sattar sebagai Aziz Lapok
- Raja Ismail sebagai Sarjan Ismail
- Ed Osmera sebagai Kapten Zulkifli
- Jastina sebagai Tina
- Yusof Latiff sebagai Bapa Tina
- Sanisah Huri sebagai penyanyi
Lagu[sunting | sunting sumber]
- Hey Kawan - Kawan - Badul , Tawil dan rekrut2 PUSASDA Port Dickson diiringi Orkes Tentera Darat - OTD (sekarang Badan Kesenian Tentera Darat - BKTD)
- Seruan Tentera - Orkes Tentera Darat - OTD (sekarang Badan Kesenian Tentera Darat - BKTD)
- Kasih Sayang - Azlina Aziz
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
- Oscar Filem Terbaik Thailand 1977
- Festival Filem Afrika 1988 Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik
- Pesta Film Nasional Indonesia 1990
Kategori Lagu Terbaik