Gereja Presbiterian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Presbyterianisme)

Gereja Presbiterian atau Presbyterianisme (terbitan kata Latin presbyter "orang yang tua; tua-tua"[1]) adalah salah satu mazhab dalam cabang Protestan agama Kristian yang berakar pada gerakan Reformasi pada abad ke-16 di Eropah Barat.[2] Dari segi doktrin dan ajaran, Gereja Presbiterian mengikuti ajaran-ajaran Jean Calvin, seorang paderi Perancis pada abad ke-16.[3]


Penganut aliran ini (Presbyterian) umumnya dapat ditemukan dalam negara-negara bekas jajahan Empayar British termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan India.[4][5] serta beberapa negara yang berbudaya kuat dipengaruhi oleh Amerika Syarikat seperti Korea Selatan dan Filipina.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "presbytĕr". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 677.
  2. ^ De Jonge, C. (2009). Pembimbing ke Dalam Sejarah Gereja. Jakarta: BPK Gunung Mulia. m/s. 34–35.
  3. ^ van den End, Thomas (2009). Harta Dalam Bejana. Jakarta: BPK Gunung Mulia. m/s. 188–194.
  4. ^ a b Berkhof, H.; Enklaar (1993). Sejarah Gereja. Jakarta: BPK Gunung Mulia. m/s. 206–207..
  5. ^ a b Aritonang, Jan S. (1995). Berbagai Aliran di dalam dan di sekitar Gereja. Jakarta: BPK Gunung Mulia. m/s. 52–80.