Presiden Gabungan Switzerland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Presiden Gabungan Switzerland (bahasa Jerman: Bundespräsident(in), bahasa Perancis: Président(e) de la Confédération, bahasa Itali: Presidente della Confederazione, bahasa Romansh: President(a) da la Confederaziun) merupakan ketua Majlis Persekutuan Switzerland yang merupakan badan eksekutif pemerintah negara tersebut. Presiden yang dipilih oleh Majlis tersebut selama satu tahun ini mengerusikan sidang-sidang Majlis serta menjalankan tugas perwakilan yang khusus. Jawatan ini bersifat primus inter pares di mana tiada kuasa diberikan melebihi enam anggota Dewan yang lain dan jabatannya masih diketuai beliau. Jawatan digantikan mengikut kekananan penjawat di mana Naib Presiden tahun sebelumnya menjadi Presiden pada tahun berikutnya.

Presiden Gabungan ini tidaklah dianggap sebagai ketua negara Switzerland dengan sendirinya. Sebaliknya, seluruh Majlis Persekutuan bertindak sebagai ketua negara secara kolektifnya.

Peruntukkan yang berhubungan dengan badan Pemerintah Persekutuan dan Pentadbiran Persekutuan Pentadbiran dinyatakan dalam seksyen 1 Bab 3 Perlembagaan Persekutuan Switzerland[1] dari perkara 174 sehingga perkara 179, di mana Perkara 176 dikhususkan kepada jawatan Presiden.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Presiden dipilih oleh Perhimpunan Pergabungan dari Majlis Pergabungan untuk tempoh satu tahun.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Federal constitution of the Swiss Confederation, in English
  2. ^ Emerson, Peter (2012). Defining Democracy: Voting Procedures in Decision-Making, Elections and Governance (edisi 2nd). Berlin: Springer-Verlag. m/s. 125–126. ISBN 978-3-642-20904-8. 
  3. ^ Stojanović, Nenad (1 March 2016). "Party, Regional and Linguistic Proportionality Under Majoritarian Rules: Swiss Federal Council Elections". Swiss Political Science Review (dalam bahasa Inggeris). 22 (1): 41–58. doi:10.1111/spsr.12208. ISSN 1662-6370. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]