Presiden Haiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Presiden Republik Haiti
Président de la
République d'Haïti
Prezidan peyi Repiblik Ayiti
Presidential Standard of Haiti.svg
Bendera Presiden (Bendera Haiti)
Claude Joseph (cropped).jpg
Penyandang
Claude Joseph (pemangku)
sejak 7 Julai 2021
GelaranHis Excellency[1]
StatusKetua negara
Ahli kepadaMajlis Menteri
KediamanPalais National
PusatPort-au-Prince, Haiti
Tempoh jawatanLima tahun
Boleh diperbaharui sekali lagi secara tak berturut-turut
Pemegang sulungAlexandre Pétion
Pembentukan17 Februari 1807 (1807-02-17)
PerwarisanPerdana Menteri
Gaji250,000 Gourdes sebulan[2]
Laman sesawangLa Présidence

Presiden Haiti (Bahasa Perancis: Président d'Haïti, Bahasa Kreol Haiti: Prezidan peyi Ayiti), atau gelaran rasmi, Presiden Republik Haiti (Bahasa Perancis: Président de la République d'Haïti, Bahasa Kreol Haiti: Prezidan peyi Repiblik Ayiti) merupakan ketua negara Haiti. Kuasa eksekutif di Haiti dibahagikan antara Presiden serta pemerintah yang diketuai oleh Perdana Menteri Haiti.[A133] Pada kini, Presiden Haiti ialah Claude Joseph, yang bertindak sebagai Presidengan pemangku berikutan pembunuhan Presiden Jovenel Moïse pada 7 Julai 2021.[3]

Syarat[sunting | sunting sumber]

Kelayakan jawatan Presiden adalah tertakluk pada Bab III Bahagian A (Fasal 134 dan 135) dalam Perlembagaan Haiti 1987.

Presiden dipilih bagi penggal lima tahun melalui pilihan raya. Presiden tidak boleh dipilih dua kali berturut-turut: beliau boleh menjalani penggal kedua hanya setelah selang lima tahun, dan tidak boleh mencalonkan diri bagi penggal ketiga.[A134]

Untuk dipilih sebagai Presiden, calon mesti merupakan:[A135]

  • warganegara Haiti asli dan tidak pernah melepaskan kewarganegaraan itu;
  • telah mencapai usia 35 tahun pada hari pilihan raya;
  • memiliki hak sivil dan politik dan belum dijatuhi hukuman mati;
  • menjadi pemilik hartanah nyata dan mempunyai kediaman di negara ini;
  • menetap di negara ini sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum hari pilihan raya;
  • telah dilepaskan tanggungjawabnya sekiranya sebelumnya ada mengendalikan dana awam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ United Nations Heads of State Protocol and Liaison Service Heads of Government - Public List Ministers For Foreign Affairs
  2. ^ NEWS, HAITIZ. "Le Chef de l'État n'a que 250 mille gourdes le mois". www.haitiz.com.
  3. ^ Mustafa, DJ Kamal (2021-07-07). "Jovenel Moise Haitian President at his private residence". Europe, Africa, Middle East, Tribune, Breaking News, World News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-07.

Lampiran[sunting | sunting sumber]