Presiden Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Presiden Negeri Israel
נשיא מדינת ישראל
Presidential Standard of IsraelSquare.svg
Panji Presiden
President-elect Isaac Herzog, June 2021.jpg
Penyandang
Isaac Herzog
sejak 7 Julai 2021
GelaranHis Excellency
KediamanBeit HaNassi
Pemegang sulungChaim Weizmann
Pembentukan16 February 1949
Gaji173,255 USD
Laman sesawangLaman web Presiden

Presiden Negeri Israel (Ibrani: נשיא המדינה, Nesi HaMedina, secara harfiah Presiden Negeri) merupakan ketua negara Israel. Jawatan ini hanyalah lambang negara, dengan kuasa sebenar pentadbiran negara dalam tangan Perdana Menteri. Presiden dipilih akan menjawat dengan satu tempoh selama 7 tahun.

Isaac Herzog ialah Presiden Israel terkini, yang menjawat sejak 7 Julai 2021.[1][2]

Pengundian[sunting | sunting sumber]

Presiden dipilih dengan majoriti mutlak dalam Knesset (parlimen Israel). Jika tiada calon menerima majoriti mutlak pada kali ketiga, hanya majoriti mudah diperlukan. Tempoh bagi jawatan ini ialah 7 tahun. Seseorang Presiden tidak dibenarkan dipilih bagi kali kedua. Hingga kebelakangan ini, Presiden dipilih untuk satu tempoh 5 tahun, dan dibenarkan untuk terus berkhidmat 2 tahun lagi. Pada tahun 2000, tempoh jawatan ini dipanjangkan kepada 7 tahun.

Sesiapa saja yang berwarganegara Israel layak menjadi Presiden. Jawatan ini boleh menjadi kosong atas keputusan tiga suku daripada Knesset untuk melucutkan jawatan presiden kerana tingkah lakunya yang buruk atau ketidaksesuaiannya. Tiada Timbalan Presiden yang akan dilantik. Semasa ketiadaan Presiden, Speaker Knesset boleh menjadi presiden sementara.

Kuasa dan peranan[sunting | sunting sumber]

Kuasa Presiden Israel agak terhad berbanding dengan ketua negara yang lain. Presiden Israel boleh:

  • Menandatangani setiap undang-undang, kecuali yang berkenaan dengan kuasa Presiden.
  • Melantik ahli Knesset untuk membentukkan kerajaan atas nasihat parti yang akan memerintah.
  • Melantik diplomat dan menerima diplomat asing.
  • Menandatangani perjanjian dengan negara asing yang diluluskan oleh Knesset.
  • Melantik hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat Jawatankuasa Perlantikan Hakim.
  • Melantik gabenor Bank Israel dan birokrat yang lain atas nasihat Perdana Menteri.
  • Mengampun penjenayah dan meringankan hukuman.

Kuasa Presiden biasanya digunakan atas nasihat menteri yang berkenaan.

Walaupun peranan Presiden tidak bersifat politik, tetapi berfungsi penting bagi moral, upacara, dan pendidikan.

Senarai Presiden Israel[sunting | sunting sumber]

No. Gambar Nama
(Lahir–Mati)
Mula menjawat Tamat menjawat Parti politik (ketika dipilih)
1 Flickr - Government Press Office (GPO) - President Chaim Weizmann.jpg Chaim Weizmann

חיים עזריאל ויצמן‎

(1874–1952)

17 Februari 1949 9 November 1952 General Zionists
- Yosef Sprinzak.jpg Yosef Sprinzak

יוסף שפרינצק‎

(1885–1959)

Pemangku

9 November 1952 16 Disember 1952 Mapai
2 Yitzhak Ben-Zvi (cropped).jpg Yitzhak Ben-Zvi

יצחק בן צבי‎

(1884–1963)

16 Disember 1952 23 April 1963 Mapai
- Kadish Luz.jpg Kadish Luz

קדיש לוז‎

(1885–1972)

Pemangku

23 April 1963 21 Mei 1963 Mapai
3 Portrait of Zalman Shazar.jpg Zalman Shazar

זלמן שז"ר‎

(1889–1974)

21 Mei 1963 24 Mei 1973 Mapai
4 EKatzir771.jpg Ephraim Katzir

אפרים קציר‎

(1916–2009)

24 Mei 1973 29 Mei 1978 Alignment
5 Portrait of MP Yitzhak Navon.jpg Yitzhak Navon

יצחק נבון‎

(1921–2015)

29 Mei 1978 5 Mei 1983 Alignment
6 Chaim Herzog (cropped).png Chaim Herzog

חיים הרצוג‎

(1918–1997)

5 Mei 1983 13 Mei 1993 Alignment
7 Ezer Weizman 9 (cropped).jpg Ezer Weizman

עזר ויצמן‎

(1924–2005)

13 Mei 1993 13 Julai 2000 Buruh
- Avraham Burg by David Shankbone.jpg Avraham Burg

אברהם בורג‎

(lahir 1955)

Pemangku

13 Julai 2000 1 Ogos 2000 Buruh
8 Moshe Katsav 2, by Amir Gilad.JPG Moshe Katsav

משה קצב‎

(1945)

1 Ogos 2000 1 Julai 2007 Likud
- Dalya Itzik 1.png Dalia Itzik

דליה איציק‎

(lahir 1952)

Pemangku

1 Julai 2007 15 Julai 2007 Kadima
9 Shimon Peres, WJC Plenary Assembly, 2009.jpg Shimon Peres

שמעון פרס‎

(1923–2016)

15 Julai 2007 24 Julai 2014 Kadima
10 Reuven Rivlin as the president of Israel (cropped).jpg Reuven Rivlin

ראובן ריבלין‎

(lahir 1939)

24 Julai 2014 9 Julai 2021 Likud
11 President-elect Isaac Herzog, June 2021.jpg Isaac Herzog

יצחק "בוז׳י" הרצוג‎

(lahir 1960)

9 Julai 2021 Penggal tamat pada 2028 Buruh
  1.  Sebelum Wiezmann, David Ben-Gurion menjadi Pengerusi Majlis Negeri Sementara, dari 14 hingga 17 Mei 1948. Jawatan Weizmann berkekal seperti ini hingga 17 Februari 1949, semasa beliau diisytiharkan sebagai Presiden oleh Knesset pertama. Selepas kematian Weizmann, Speaker Knesset Yosef Sprinzak mengambil alih jawatan Presiden buat sememtara.
  2.   Selepas kematian Ben-Zvi, Speaker Knesset Kadish Luz mengambil alih buat sementara.
  3.   Selepas Weizman meletak jawatan, Speaker Knesset Avraham Burg menjawat buat sementara.
  4.   Selepas Katsav meletak jawatan kerana disiasat oleh pihak polis (beliau dituduh merogol), Speaker Knesset Dalia Itzik mendukung jawatan buat sementara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Knesset vote for President Rivlin's successor set for June 2". The Times of Israel. Dicapai pada 26 May 2021.
  2. ^ Bitton, Avihay. "יצחק (בוז'י) הרצוג הוא הנשיא הבא של מדינת ישראל | חדר מצב". www.mazav.co.il. Dicapai pada 2021-06-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]