Presiden Jerman (1919–1945)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden Jerman
Reichspräsident
Flag of the President of Germany (1926–1933).svg
Panji Presiden
(1926–1933)
Reichspräsidentenpalais, Berlin.jpg
Istana Presiden dekat Wilhelmstrasse di Berlin.
GelaranTuan Yang Terutama
StatusDimansuhkan
KediamanIstana Presiden (Reichspräsidentenpalais)
PusatBerlin, Jerman
PelantikPilihanraya langsung
dibawah sistem dua pusingan
PeloporMaharaja Jerman
Pembentukan11 Februari 1919
Pemegang pertamaFriedrich Ebert
Pemegang terakhirPaul von Hindenburg (secara perlembagaan)
Karl Dönitz (de facto)
Dimansuhkan
Perwarisan

Reichspräsident (diterjemah "Presiden Reich") adalah ketua negara Jerman dibawah perlembagaan Weimar, yang secara rasmi wujud dari tahun 1919 hingga 1945. Dalam bahasa Inggeris jawatan ini biasanya disebut sebagai Presiden Jerman.

Perlembagaan Weimar mewujudkan sistem separa-presiden di mana kuasa dibahagikan antara presiden, kabinet dan parlimen.[1][2][3] Reichspräsident dipilih secara langsung dibawah hak mengundi orang dewasa untuk penggal tujuh tahun. Ia bertujuan agar presiden memerintah bersama dengan Reichstag (badan perundangan) dan agar kuasa daruratnya hanya boleh dilaksanakan dalam situasi yang luar biasa, tetapi ketidakstabilan politik era Weimar, dan kelumpuhan faksionalisme dalam badan perundangan, memberikan presiden dengan kuasa yang cukup besar, berkuasa menggubal undang-undang melalui dekri serta melantik dan memecat pegawai kerajaan sesuka hati.

Pada tahun 1934, selepas kematian Presiden Hindenburg, Adolf Hitler, yang kini Canselor, mengambil alih kuasa Presiden[4] sebagai Führer und Reichskanzler ("Ketua dan Canselor"), menyerlahkan jawatan yang sudah dipegangnya dalam parti dan kerajaan. Di dalam wasiat terakhirnya pada April 1945, Hitler menamakan penggantinya Joseph Goebbels sebagai Canselor tetapi melantik Karl Dönitz sebagai Reichspräsident, dengan itu mengembalikan jawatan presiden. Namun, pengembalian ini hanya berlaku seketika selepas penyerahan kalah Jerman pada Mei 1945.

Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman mewujudkan jawatan Presiden Persekutuan (Bundespräsident), yang bagaimanapun, merupakan jawatan istiadat yang sebahagian besarnya tidak mempunyai kuasa politik.

Senarai penyandang jawatan[sunting | sunting sumber]

† menandakan orang yang telah meninggal dunia semasa bertugas.

No. Potret Reichspräsident Mula Tamat Parti
1. Friedrich Ebert face.jpg Friedrich Ebert (1871-1925) 11 Februari 1919 28 Februari 1925 † SPD
Bundesarchiv Bild 146-1969-008A-07, Hans Luther.jpg Hans Luther (1879-1962)
Pemangku
28 Februari 1925 12 Mac 1925 Bebas
Bundesarchiv Bild 102-12279, Walter Simons.jpg Walter Simons (1861-1937)
Pemangku
12 Mac 1925 12 Mei 1925 Bebas
2. President Hindenburg.jpg Generalfeldmarschall
Paul von Hindenburg (1847-1934)
12 Mei 1925 2 Ogos 1934 † Bebas
3. Adolf Hitler cropped restored.jpg Adolf Hitler (1889-1945)
Führer und Reichskanzler
2 Ogos 1934 30 April 1945 † NSDAP
4. Bundesarchiv Bild 146-1976-127-06A, Karl Dönitz - crop.jpg Grossadmiral
Karl Dönitz (1891-1980)
30 April 1945 23 Mei 1945 NSDAP

Panji Presiden[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Chapter 4, Presidents and Assemblies, Matthew Soberg Shugart and John M. Carey, Cambridge University Press, 1992.
  1. ^ Veser, Ernst (1997). "Semi-Presidentialism-Duverger's concept: A New Political System Model" (PDF). Journal for Humanities and Social Sciences. 11 (1): 39–60. Dicapai pada 15 October 2016.
  2. ^ Shugart, Matthew Søberg (September 2005). "Semi-Presidential Systems: Dual Executive and Mixed Authority Patterns" (PDF). Graduate School of International Relations and Pacific Studies. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 August 2008. Dicapai pada 15 October 2016.
  3. ^ Shugart, Matthew Søberg (December 2005). "Semi-Presidential Systems: Dual Executive and Mixed Authority Patterns" (PDF). French Politics. 3 (3): 323–351. doi:10.1057/palgrave.fp.8200087. S2CID 73642272. Dicapai pada 15 October 2016.
  4. ^ Gesetz über das Staatsoberhaupt des Deutschen Reichs, 1 August 1934:
    "§ 1 The office of the Reichspräsident is merged with that of the Reichskanzler. Therefore, the previous rights of the Reichspräsident pass over to the Führer and Reichskanzler Adolf Hitler. He names his deputy."