Presiden Korea Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Presiden Republik Korea Selatan
대한민국 대통령
Seal of the President of the Republic of Korea.svg
Moon Jae-in May 2017.jpg
Penyandang
Moon Jae-in

sejak 10 Mei 2017
Kediaman Rumah Biru, Seoul, Korea Selatan
Pelantik Terus kepada undi popular
Tempoh 5 tahun (tidak boleh diperbaharui)
Pemegang sulung Syngman Rhee
24 Julai 1948
Laman web (Inggeris) english.president.go.kr

Presiden Republik Korea, mengikut Perlembagaan, ialah ketua eksekutif kerajaan, komander angkatan tentera dan ketua negara Republik Korea. Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh perdana menteri atau menteri kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di Cheong Wa Dae (Rumah Biru) dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali memberontak atau derhaka.

Pada 10 Mei 2017, Moon Jae-in menjadi Presiden Korea Selatan ke-12. Beliau juga merupakan pemimpin dari parti pembangkang, Parti Minjoo dan bekas pemimpin Parti Demokratik Bersatu Korea Selatan.

Keputusan pilihan raya presiden[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2017, Moon Jae-in berjaya memenangi dan dipilih sebagai Presiden Korea Selatan ke-12 dengan majoriti 41.1% menewaskan 2 orang pencabarnya dari Hong Joon-pyo (Parti Konservatif) 24.0% dan Ahn Cheol-soo (Parti Liberal) 21.4%.

Senarai Presiden[sunting | sunting sumber]

Moon Jae-in Hwang Kyo-ahn Park Geun-hye Lee Myung-bak Goh Kun Roh Moo-hyun Kim Dae-jung Kim Young-sam Roh Tae-woo Chun Doo-hwan Pak Choong-hoon Choi Kyu-hah Park Chung-hee Park Chung-hee Yun Bo-seon Heo Jeong Rhee Syng-man

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]