Presiden Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Presiden Republik Arab Mesir merupakan ketua negara Mesir. Di bawah Perlembagaan Mesir, seorang Presiden juga merupakan panglima besar untuk angkatan bersenjata dan ketua eksekutif pemerintahan Mesir.

Presiden pertama Mesir adalah Muhammad Naguib, yang memulakan masa jawatannya pada 18 Jun 1953, iaitu hari Mesir diisytiharkan sebagai sebuah republik.

Hosni Mubarak yang telah digulingkan dari jawatannya sebagai Presiden Mesir melalui peristiwa Revolusi Mesir 2011 merupakan presiden yang keempat. Penggal pertama jawatannya bermula pada 14 Oktober 1981 dan pada 2005 memulakan penggal kelima kepresidenannya, tanggal terakhir jawatan presidennya pula pada 11 Februari 2011.

Senarai Presiden[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Presiden Republik Arab Mesir (1953-kini):

No. Nama Tempoh berkhidmat Parti politik
Mula Tamat
1 Muhammad Naguib 18 Jun 1953 14 November 1954
(meletak jawatan)
Tentera / Perhimpunan Pembebasan
2 Gamal Abdel Nasser 23 Jun 1956 22 Februari 1958 Kesatuan Kebangsaan
(2) Gamal Abdel Nasser 22 Februari 1958 28 September 1970
(meninggal ketika menjawat)
Kesatuan Kebangsaan (1958-1962) / Kesatuan Arab Sosialis (1962-1970)
3 Anwar Sadat 15 Oktober 1970 2 September 1971 Kesatuan Arab Sosialis
(3) Anwar Sadat 2 September 1971 6 Oktober 1981
(dibunuh)
Kesatuan Arab Sosialis (1971-1978) / Parti Demokratik Kebangsaan (1978-1981)
(#) Sufi Abu Taleb 6 Oktober 1981 14 Oktober 1981 Parti Demokratik Kebangsaan
4 Hosni Mubarak 14 Oktober 1981 11 Februari 2011
(meletak jawatan)
Parti Demokratik Kebangsaan
5 Mohammed Mursi 30 Jun 2012 3 Julai 2013
(digulingkan)
Parti Kebebasan dan Keadilan
(#) Adly Mansour 4 Julai 2013 8 Jun 2014 Bebas
6 Abdel Fattah al-Sisi 8 Jun 2014 sekarang Bebas

Pautan luar[sunting | sunting sumber]