Presiden Negara Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden Palestin
Coat of arms of the Palestinian National Authority.svg
Jata Negara Palestin
KediamanRamallah
Tempoh jawatan4 tahun
Diperbaharui
Pemegang sulungYasser Arafat
Pembentukan2 April 1989

Presiden Negara Palestin ialah ketua negara bagi Negara Palestin. Yasser Arafat menjadi Presiden pertama Negara Palestin pada namanya sahaja pada 1989, setahun selepas pengisytiharan kemerdekaan. Jawatan tersebut asalnya pada nama sahaja, beriringan dengan jawatan de facto Presiden Pihak Berkuasa Palestin. Kedua-dua fungsi jawatan ini disandang oleh Yasser Arafat dari tahun 1994 hingga kamtiannya pada November 2004. Ia kemudiannya disambung oleh penggantinya, Mahmoud Abbas. Pada Januari 2005, Majlis Pusat Pertubuhan Pembebeasan Palestin (PLO) meminta Mahmoud Abbas untuk menjalankan tugas sebagai Presiden Negara Palestin.[1] Pada November 2008, Majlis Pusat PLO meluluskan penyambungan tugas Mahmoud Abbas sebagai Presiden Negara Palestin.[2] Sejak 2013, Jawatan Presiden Negara Palestin menjadi satu-satunya jawatan untuk Presiden bagi Palestin.

Senarai Presiden Palestin[sunting | sunting sumber]

No. Gambar Nama
(Lahir-Mati)
Tempoh berkhidmat Parti politik
1. ArafatEconomicForum.jpg Yasser Arafat
(1929–2004)
2 April 1989 11 November 2004
(meninggal semasa menjawat)
Fatah
Kosong (11 November 2004 – 8 Mei 2005)
2. Mahmoud Abbas.jpg Mahmoud Abbas
(1935-)
23 November 2008
(pemangku sejak 8 Mei 2005
)
Sekarang Fatah

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pejabat Presiden ditubuhkan pada 2003 bagi mengurus aktiviti harian Palestin. Urusan eksekutif kerajaan diletakkan di bawah Perdana Menteri Palestin.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan acting_2005 tidak disediakan
  2. ^ PLO body elects Abbas ′president of Palestine′, AFP, 23 November 2008