Presiden Romania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Presiden Romania
Președintele României
Flag of the President of Romania.svg
Panji Presiden Romania
Klaus Iohannis at EPP Summit, March 2015, Brussels (cropped).jpg
Penyandang
Klaus Iohannis

sejak 21 Disember 2014
Gelaran
  • Tuan Presiden (tidak formal)
  • Tuan Yang Terutama[1] (antarabangsa)
StatusKetua Negara
AnggotaMajlis Eropah
KediamanIstana Cotroceni
PelantikUndian popular
TempohLima tahun, boleh diperbaharui sekali
Pemegang sulungNicolae Ceaușescu
Pembentukan28 Mac 1974
Gaji15,108 lei sebulan
(~39,000 setahun)[2]
Laman webPreședintele României

Presiden Romania ialah ketua negara Romania. Presiden ini dilantik secara terus melalui suatu sistem ganda dua dan memegang jawatan selama lima tahun bagi satu penggal (sejak 2004 selepas pindaan perlembagaan pada tahun sebelumnya). Presiden boleh memegang jawatan selama dua penggal. Presiden tidak boleh menjadi ahli bagi sebarang parti politik selama memegang jawatan.

Jawatan ini ditubuhkan pada 1974, ketika ketua komunis Nicolae Ceaușescu meningkatkan taraf presiden Majlis Negeri kepada presiden eksekutif khas.

Presiden Romania pada kini ialah Klaus Iohannis dan memegang jawatan sejak 21 Disember 2014.

Bidang kuasa[sunting | sunting sumber]

Bidang-bidang kuasa Presiden adalah tertakluk kepada Perlembagaan Romania.[3]

Hal ehwal dalam negeri[sunting | sunting sumber]

  • Mewakili negara dan memelihara kedaulatan, penyatuan dan integriti wilayah negara.
  • Memelihara keluhuran Perlembagaan dan fungsi pihak berkuasa awam.
  • Menentukan dan melantik Perdana Menteri, mengikut kelulusan Parlimen (Presiden tidak boleh memecatkan Perdana Menteri).
  • Melantik dan memecat para menteri dengan nasihat Perdana Menteri (cadangan oleh Perdana Menteri hanya boleh ditolak sebanyak sekali; Perdana Menteri tidak boleh mencadangkan calon sama bagi jawatan menteri; Presiden tidak boleh menolak pelantikan calon kedua yang lain).
  • Berbincang dengan kerajaan berkenaan dengan dasar-dasar utama.
  • Mempengerusikan Kabinet apabila terdapat perdebatan dalam kepentingan negara berkaitan dasar hubunga luar, pertahanan dan keamanan awam, dan hal-hal lain dalam permintaan Perdana Menteri.
  • Berbincang dengan pihak Parlimen berkenaan dengan isu kepentingan negara.
  • Meluluskan rang undang-undang, RUU; Presiden hanya boleh mengarahkan pertimbangan semula RUU kepada Parlimen sebanyak sekali.
  • Menghantar RUU kepada Mahkamah Perlembagaan bagi tujuan semakan sebelum diwartakan.
  • Membuka Parlimen selepas pilihan raya legislatif.
  • Memohon mesyuarat Parlimen luar biasa.
  • Membubarkan Parlimen (Presiden boleh membubarkan Parlimen jika tiada pengundian kepercayaan diperoleh bagi membentuk kerajaan dalam 60 hari selepas permintaan pertama dicadang, dan hanya selepas penolakan sekurang-kurangnya dua orang calon Perdana Menteri).
  • Memohon referendum selepas perbincangan bersama-sama pihak Parlimen. Referendum dikira sebagai nasihat dan pihak Parlimen berhak untuk tidak menerima keputusan. Namun begitu, sekirangan referendum adalah sah (majoriti undian setuju dan jumlah pengundi melebihi 30%), Parlimen tidak boleh menolak keputusan referendum tersebut.

Hal ehwal luar negeri[sunting | sunting sumber]

  • Melaksanakan lawatan negara, rasmi dan kerja di luar negara.
  • Menyimpulkan perjanjian antarabangsa yang dirunding oleh kerajaan dan menghantarkannya kepada pihak Parlimen bagi tujuan ratifikasi.
  • Melantik dan memanggil semula duta-duta dan utusan diplomatik dengan nasihat Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri (mengikuti nasihat adalah tidak mandatori).
  • Memperoleh surat tauliah daripada utusan diplomatik asing.
  • Meluluskan pembinaan, penutupan dan perubahan tahap misi diplomatik.

Pertahanan[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi Panglima Besar Angkatan Tentera Romania.
  • Menjadi pengerusi Majlis Agung Pertahanan Kebangsaan.
  • Mengisytiharkan pergerakan Angkatan Tentera Romania dengan kelulusan oleh Parlimen terlebih dahulu atau kemudian dalam kejadian istimewa.
  • Bertindak untuk menangkis keganasan bersenjata terhadap negara.
  • Mengisytiharkan kepungan atau darurat terhadap seluruh negara atau kawasan tertentu dengan kelulusan Parlimen selepas pengisytiharaan.

Bidang kuasa lain[sunting | sunting sumber]

  • Menganugerahkan pangkat dan pingat kebesaran.
  • Melantik ahli tentera bagi pangkat ketenteraan atasan.
  • Melantik penjawat awam mengikut undang-undang.
  • Memberi pengampunan individu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]