Princesse Shéhérazade
| Princesse Shéhérazade | |
|---|---|
| Genre | Pengembaraan, Komedi, Fantasi |
| Pencipta | Marie-France Brière |
| Pengarah | Françoise Bureau |
Penggubah lagu tema | Gérard Pullicino |
| Lagu pembukaan | Princesse Shéhérazade |
| Negara asal | Perancis |
| Bahasa | Perancis |
| Bilangan musim | 2 |
| Bilangan episod | 52 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | France 2 Carrere Group Anabase Production Télé-München |
| Sinematografi | Philippe Mest |
| Tempoh siaran | 25 minutes (approx.) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | France 2 dan France 3 (France) Rai 2 (Italy) RTM (Malaysia) |
| Siaran asal | 21 Disember 1996 |
Princesse Shéhérazade (Parsi: شهرزاد Šahrzād) (Melayu: Puteri Sheherazade, Shahrezat ) ialah siri televisyen animasi Perancis yang telah disiarkan dari tahun 1996 sehingga 1998 di saluran TV Perancis France 2 yang berkisahkan seorang puteri Parsi bernama Sheherazade yang telah menyelamatkan Till Si Jin yang diperangkap dalam sebentuk prisma kaca pada suatu malam yang ganjil penuh bintang dan semenjak dari itu, mereka berdua tidak dapat dipisahkan dan bersama-sama melalui pengembaraan dan cabaran yang berunsurkan cerita rakyat Timur Tengah diilhamkan daripada Hikayat Seribu Satu Malam. Ia kemudiannya ditayangkan semula pada tahun 2008 di saluran France 5. [1] Pembikinan siri animasi ini mendapat penyertaan Pusat Sinematografi Kebangsaan dan sokongan Wilayah Poitou Charentes. Lagu tema pembukaan telah digubah oleh Gérard Pullicino dan dinyanyikan oleh Amina Annabi pada versi asalnya.
Watak
[sunting | sunting sumber]- Shéhérazade
- Till
- Nour
- Fahrid
- Putera Silmane
Alih suara antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Siri televisyen animasi telah dialih suara ke dalam pelbagai bahasa. Selain bahasa yang asal dalam bahasa Perancis, siri ini juga diterbitkan dalam bahasa Inggeris, Jerman, Itali, Sepanyol Eropah, Catalan, Sepanyol Mexico, Portugis Brazil, Portugis Eropah, Rusia, Finland, Norway, Turki dan Arab, walaupun dalam versi Arab lagu tema itu tidak dialih suara dalam bahasa Arab, tetapi lagu tema pembukaan asal Perancis dikekalkan - namun kesemuanya telah dialih suara dalam bahasa Arab.
Di Malaysia pula, tayangan sulung siri ini ditayangkan dalam alih suara bahasa Inggeris disertakan sarikata Bahasa Melayu di TV2 pada jam 7 malam tahun 2001 dan tayangan semula dalam segmen "Kids On 2" pada pukul 8 pagi tahun 2007 oleh RTM.