Pro Evolution Soccer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PES (Pro Evolution Soccer)
Logo PES
GenreSukan
Bola sepak
PembangunKonami
PenerbitKonami
PlatformSekarang:
Microsoft Windows, Xbox 360, Xbox One, PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation Portable, Nintendo 3DS, iOS, Android
Dahulu:
PlayStation, GameCube, Xbox, Game Boy Advance, Nintendo DS, Windows Phone 7, PlayStation 2, Wii
Keluaran pertamaPro Evolution Soccer
23 November 2001
Keluaran terkiniPro Evolution Soccer 2021
15 September 2020

Pro Evolution Soccer atau dikenali di Jepun sebagai World Soccer: Winning Eleven (ワールドサッカーウイニングイレブン, Wārudo Sakkā Uining Ireben) ialah siri permainan video bola sepak yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Konami. Siri ini dihasilkan di bawah pengawasan Shingo "Seabass" Takatsuka.

Setiap tahun, permainan ini dikeluarkan pada akhir bulan September dan/atau awal Oktober dengan dua gelaran yang berbeza: World Soccer: Winning Eleven di Jepun, dan Pro Evolution Soccer di negara lain. Versi Jepun ialah versi tempatan yang termasuk liga bola sepak tempatan. Pada tahun 2007, permainan itu mula menggunakan permainan gelaran "Winning Eleven: Pro Evolution Soccer" untuk pasaran Amerika, yang kemudiannya diubah menjadi "Pro Evolution Soccer" pada tahun 2008.

Pemain Portugis, Cristiano Ronaldo telah menjadi model untuk kulit depan DVD dalam setiap permainan yang dikeluarkan serta untuk iklan dan media promosi lain dari 2012 hingga 2014. Beliau kemudian digantikan oleh Mario Götze bagi tahun 2015 yang kemudian pula digantikan oleh Neymar dan Álvaro Morata bagi tahun 2016.

Sehingga Disember 2011, Pro Evolution Soccer telah diterjemahkan ke dalam 19 bahasa dan boleh didapati di 62 buah negara. Setakat Disember 2012, siri permainan dijual hingga 81.65 juta salinan di seluruh dunia, menjadikannya salah satu permainan terlaris di dunia

Siri permainan[sunting | sunting sumber]

Goal Storm/International Superstar Soccer[sunting | sunting sumber]

Goal Storm/Winning Eleven[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 22 Disember 1995/15 Januari 1996/15 Mac 1996

International Superstar Soccer Pro/Winning Eleven 2[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 2 Mei 1997/5 Jun 1997

International Superstar Soccer 98/Winning Eleven 3[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 2 Mei 1998/11 Ogos 1998/12 November 1998

International Superstar Soccer: Pro Evolution/Winning Eleven 4[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 11 Mei 1999/2 September 1999/6 Jun 2000

International Superstar Soccer 2: Pro Evolution/Winning Eleven 2000[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 24 Ogos 2000/23 Mac 2001

Pro Evolution Soccer[sunting | sunting sumber]

Pro Evolution Soccer/Winning Eleven 5[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 15 Mac 2001/25 Oktober 2001/23 November 2001

Pro Evolution Soccer 2/Winning Eleven 6[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 25 April 2002/25 Oktober 2002/12 Disember 2002/30 Mac 2003

Pro Evolution Soccer 3/Winning Eleven 7[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 7 Ogos 2003/17 Oktober 2003/17 Februari 2004

Pro Evolution Soccer 4/Winning Eleven 8[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 5 Ogos 2004/15 Oktober 2004/1 Februari 2005

Pro Evolution Soccer 5/Winning Eleven 9[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 4 Ogos 2005/21 Oktober 2005/7 Februari 2006

Pro Evolution Soccer 6/Winning Eleven 10[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 14 September 2006/27 Oktober 2006/6 Februari 2007

PES 2008[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 26 Oktober 2007

PES 2009[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 17 Oktober 2008

PES 2010[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 23 Oktober 2009

PES 2011[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 8 Oktober 2010

PES 2012[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 8 November 2012

PES 2013[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 20 September 2012

PES 2014[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 24 September 2013

PES 2015[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 11 November 2014

PES 2016[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 15 September 2015

PES 2017[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 13 September 2016

PES 2018[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 12 September 2017

PES 2019[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 28 Ogos 2018

PES 2020[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran : 10 September 2019

PES 2021[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh Keluaran: 15 September 2020

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

• Muat Turun PES 2020 Google Play Android.Beri Perhatian Bahawa Permainan Ini Berukuran 1.9 GB.Pastikan Telefon Anda Mempunyai Ruang Yang Cukup Untuk Memuat Turun.