Wikipedia:Penyelia/Permohonan

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pentadbiran
Polisi
Tanggungjawab
Birokrat
Pemeriksa
Permohonan
Pengundian
Senarai penyelia
Log hak pengguna

Setiap pengguna aktif Wikipedia yang mengetahui tentang peraturan serta polisi Wikipedia, serta memiliki keinginan untuk memajukan Wikipedia layak untuk memohon menjadi seorang penyelia.

Syarat menjadi penyelia

Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:

  1. Calon haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, dan sebagainya.
  2. Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
  3. Telah menyunting di Wikipedia minimum selama 3 bulan.
  4. Jumlah suntingan minimum mencapai 500. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
  5. Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
  6. Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
  7. Dipersetujui minimum 70% pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan pengguna boneka).
  8. Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.

Buat permohonan baru

  • Taipkan nama calon penyelia di bahagian "Permohonan" di bawah ini. Jangan lupa untuk menandatangani permohonan anda.
  • Penyelia kemudian akan memindahkannya ke laman pengundian.
  • Pengundian dijalankan.
  • Sekiranya berjaya (sokongan melebihi 70% jumlah undian), calon tersebut akan dilantik oleh salah seorang birokrat.

Catatan; Pengguna yang kelihatan sememangnya tidak layak menjadi penyelia dan tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidak akan dipindahkan ke laman pengundian dan permohonan akan ditolak.

Waktu terkini ialah 14:27:30, 7 April 2024 (UTC)

Hapuskan ingatan para pelayan jika permohonan tidak dikemaskini.

Permohonan menjadi

Penyelia

Wiki Farazi

Saya Wiki Farazi sudah sedia menjalankan kerja-kerja penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu. Terima kasih --Wiki Farazi bincang 08:46, 27 Mac 2023 (UTC)[balas]

Saya sokong asalkan syarat-syarat sudah dipenuhi. - Polar (bincang) 15:15, 27 Mac 2023 (UTC)[balas]
@Wiki Farazi Laman pengundian untuk pelantikan saudara sebaagai penyelia telah dicipta di sini. Mohon cakna akan perubahan laman ini, terutamanya berkenaan soalan-soalan yang mungkin timbul dan juga keputusan komuniti terhadap pelantikan anda. Sekian. - CyberTroopers bincang/sumbangan 15:52, 25 Mei 2023 (UTC)[balas]

Aiman Zaharuddin

Saya Aiman Zaharuddin ingin memohon untuk menjalankan kerja-kerja penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu.

Sekian Terima kasih.

Aiman Zaharuddin bincang 01:36, 2 Mac 2024 (UTC)

Birokrat

  • Saya mencalonkan diri dan memohon diberi hak akses birokrat kerana dari tiga birokrat yang ada, dua sudah tidak aktif lagi meskipun statusnya belum dilucuti. Oleh sebab itu, jikalau komuniti setuju terhadap pencalonan saya, saya minta dibuatkan tapak pengundian bagi saya. Terima kasih
    الأستاذ أبو غاصاك (بينچڠ)
    08:44, 12 Jun 2023 (UTC)[balas]

Pemeriksa

Wikipedia bahasa Melayu belum memiliki Pemeriksa sendiri. Oleh itu, sebarang permintaan Pemeriksa hendaklah ditujukan ke Meta-Wiki.

Permohonan perlucutan

Penyelia

Birokrat & penyelia

  • Saya mohon perlucutan untuk dua pengguna ini oleh sebab ketidakaktifan mereka di Wikipedia.
Penyelia Suntingan terakhir Tempoh ketidakaktifan
Azuru79 10 Disember 2022 167 hari atau 5 bulan 16 hari
Kurniasan 17 Oktober 2022 221 hari atau 7 bulan 9 hari
@Yosri:, @Aurora:, @Zamwan: Mohon tindakan daripada anda.- CyberTroopers bincang/sumbangan 16:15, 25 Mei 2023 (UTC)[balas]

Permohonan yang ditolak

Lihat juga