Project E.A.R.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Project E.A.R. (East Asian Revolution) ialah sebuah adikumpulan yang terdiri daripada artis dari Asia Tenggara. Ia merupakan sebuah kolaborasi dari lima negara Asia Tenggara termasuk Ahli Fiqir (Singapura), Pop Shuvit (Malaysia), Saint Loco (Indonesia), Thaitanium, Silksounds dan M.E.M. (ketiga-tiganya dari Thailand) dan Slapshock (Filipina).[1]

Mereka membuat penampilan sulung di Anugerah MTV Asia 2008 yang mana mereka mempersembahkan lagu "Marabahaya" yang juga lagu asal Pop Shuvit.[2]

Kolaborator[sunting | sunting sumber]

  •  SingapuraAhli Fiqir mewakili Singapura dengan Daly sebagai penyumbang untuk projek ini. Ahli Fiqir memainkan peranan penting dalam memperkenalkan budaya muzik unik Singapura.
  •  Malaysia — Penerima pencalonan di Anugerah MTV Asia 2008, Pop Shuvit mewakili Malaysia. Ditubuhkan pada 2001, kumpulan ini terkenal dengan irama hip hop dan rock. Pop Shuvit juga diundang menjayakan persembahan pembukaan di konsert My Chemical Romance di seluruh Malaysia, Hong Kong dan Filipina.
  •  Indonesia — Menggondol banyak anugerah untuk album sulung Rock Upon A Time, Saint Loco ialah kumpulan paling terkenal di negara mereka, Indonesia. Untuk Project E.A.R, Joe mewakili kumpulannya menyumbangkan vokalnya untuk persembahan.
  •  Thailand — Thailand dan Silksounds mewakili negara mereka. Untuk Thaitanium; Kan, Way dan Day akan mewakili bersama Dandee dari Silksounds.
  •  Filipina — Slapshock diwakili oleh ahli kumpulan, Jamir Garcia dan Leandro Ansing menyumbangkan rap metal dalam kolaborasi ini. Mereka ialah antara kumpulan rock paling popular dalam arena rock Filipina. Garcia meninggal dunia pada November 2020 pada usia 42 tahun.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • "South East A"
  • "Marabahaya"
  • "Hold On"
  • "No Sleep for the Wicked"
  • "Destination Nowhere"
  • "Dark Times"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gempak habis... Gabungan pemuzik handalan Asia dalam Project E.A.R". XTRA. 8 Ogos 2019. Dicapai pada 4 Februari 2020.
  2. ^ "SEA Super Group 'Project E.A.R' To Debut At 2008 MTV Asia Awards". MTV. Dicapai pada 13 April 2011.
  3. ^ Karen Gwee (22 Januari 2021). "Project E.A.R. talk the supergroup's future after the death of Jamir Garcia". NME. Dicapai pada 4 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]