Project NS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Project NS
GenreDokumentari
Realiti
Dibangunkan oleh
Homegrown Productions
PengarahKelvin Anthony
Dibintangi oleh
Suki Low
Alif Satar
Diana Danielle
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod(Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifMichael Christian Simon
PenerbitFarid Othman
LokasiKem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor
Tempoh siaran30 minit per episod
Penyiaran
Saluran asal8TV
Siaran asal29 Mei 2009 (2009-05-29)

Project NS ialah sebuah siri realiti Malaysia terbitan Homegrown Productions untuk disiarkan di 8TV, yang meninjau kehidupan tiga orang seniman muda, iaitu Suki Low Sook Yee dan Alif Satar, masing-masing juara dan tempat ketiga musim pertama One in a Million, dan pelakon Diana Danielle, yang dipilih untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2009. Rancangan ini bertujuan membuka mata orang ramai khususnya golongan remaja mengenai kebaikan menyertai PLKN.

Am[sunting | sunting sumber]

Walaupun usia kelayakan menyertai PLKN terletak pada 17-18 tahun, iaitu para lepasan SPM, namun ketiga-tiga mereka terpaksa menangguhkan khidmat mereka demi memenuhi komitmen kerjaya masing-masing. Suki terlebih dahulu menyiapkan dua album, iaitu Finally / Akhirnya dan sebuah album berbahasa Cina, sepanjang tahun 2007 dan 2008. Begitu juga dengan Alif yang selama ini mengembangkan kerjayanya dalam bidang nyanyian dan pengacaraan TV di samping mengejar Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej TAJ, Ipoh.[1] Nampaknya mereka berdua terpaksa menunggu kontrak semasa masing-masing tamat sebelum dapat menjalani tanggungjawab mereka.[2]

Sebelum ini dilaporkan Diana Danielle apabila pertama kali menerima surat kerahan PLKN berasa hendak mengelak. Desas-desus tersebut ditangkis apabila ibu Diana, iaitu Norsiah Ramli berkata anaknya ini tidak berniat enggan menyertai PLKN pada Disember lalu kerana anaknya itu telah terlebih dahulu menandatangani kontrak berlakon filem Kecoh Betul pada bulan Ogos[3], oleh itu terpaksa menangguh tempoh khidmatnya untuk memberi komitmen kepada lakonan filem tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, https://rovanik.com/ pihaknya telah berunding dengan pihak penerbitan TV untuk membuat siri dokumentari tersebut. "Secara kebetulan tiga artis remaja ini terlibat dalam pengambilan pelatih kedua Siri 6/2009 dan kita putuskan untuk tempatkan mereka dalam satu kem bagi menjalani penggambaran dokumentari ini sehingga tamat. Populariti ketiga-tiga artis remaja ini secara tidak langsung akan dapat menarik minat lebih ramai golongan remaja untuk menyertai program PLKN apabila mereka dipanggil menyertainya," katanya.[4]

Pada 19 Mac 2009[3], Diana Danielle berlepas dari kawasan parkir Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menaiki bas ke Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Alif dan Suki pula mengambil pengangkutan masing-masing ke sana pada hari yang sama.

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tarikh penyiaran Ringkasan
1 29 Mei 2009 Suki, Alif, dan Diana menerima surat kerahan dari Jabatan Latihan Khidmat Negara dan mengemas barang-barang masing-masing untuk menjalankan tanggungjawab bersama di kem yang sama.
2 5 Jun 2009 Sebagai permulaan latihan mereka di Kem Princess Haliza, Suki, Alif dan Diana dan semua rakan-rakan lain menjalani modul "Pembinaan Karakter". Diana dilantik menjadi "Timbalan Penghulu Wirawati".
3 12 Jun 2009 Setelah 21 hari menjalankan tanggungjawab, para pelatih menjalani modul "Wirajaya", yang mana mereka berlatih kemahiran ketahanan dalam hutan.
4 19 Jun 2009 Sudah 41 hari berlalu, para pelatih dibawa ke muzium dan rumah kanak-kanak untuk menjalankan modul Khidmat Komuniti.
5 25 Jun 2009 Para pelatih Kem Princess Haliza akhirnya menikmati kegiatan yang paling seronok sepanjang program latihan mereka, iaitu latihan senjata berapi.
6 3 Julai 2009 Antara kegiatan yang disertai para pelatih termasuk kemahiran ketahanan dalam air dan seni bela diri.
7 10 Julai 2009 Para pelatih belajar mendirikan perkhemahan.
8 24 Julai 2009 Latihan PLKN sudah sampai di penghujungnya, para pelatih mengadakan jamuan pada malam terakhir dan melangsungkan upacara pada hari perpisahan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurjehan Mohamed (28 Mac 2009). "A superstar in his own right". New Straits Times. Dicapai pada 30 Mei 2009.
  2. ^ "Suki, Alif Tersenarai". Harian Metro. 28 Disember 2008. Dicapai pada 30 Mei 2009.
  3. ^ a b "Pelatih selebriti PLKN". Utusan Malaysia. 20 Mac 2009. Dicapai pada 30 Mei 2009.
  4. ^ "PLKN: Penyertaan tiga artis didokumentari". Utusan Malaysia. 21 Mac 2009. Dicapai pada 30 Mei 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]