Projek: Anchor SPM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Projek: Anchor SPM
Genre
PenciptaAnwari Ashraf
Ditulis oleh
  • Anwari Ashraf
  • Luqman Sheikh Ghazali
  • Ahmad Al Iqbal
  • Khor Tai Yieng
  • Danial Hakim
  • Amira Nasiruddin
  • Nadim Hisham
PengarahRazaisyam Rashid
Anwari Ashraf
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifRaja Jastina Raja Arshad
Penerbit
  • Fatimah Ruzaimi
  • Luqman Sheikh Ghazali
Penyunting
  • Irwan Ahmad
  • Razaisyam Rashid
SinematografiZulkefi Zain
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Mac 2021 – 3 Mei 2021

Projek: Anchor SPM ialah sebuah siri drama televisyen persekolahan Malaysia 2021 arahan Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf.[1] Siri drama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan siri ini memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 15 Mac 2021 sebagai sebuah drama televisyen asli Astro.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, Pahang yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij. Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.

Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM. Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir. Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Daiyan Trisha sebagai Aaidaa.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Projek: Anchor SPM menjadi subjek kontroversi apabila ia dikatakan meniru filem Thailand, Bad Genius.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gabungan dua pengarah muda dalam Projek Anchor SPM". Utusan Borneo. 14 Mac 2021. Dicapai pada 3 April 2021.
  2. ^ Ariffin, Fatin Farhana (9 Mac 2021). "Bukan drama plagiat". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2021.
  3. ^ "This New Local Series Is Set To Bring Back All Kinds Of SPM Memories, Both Good And Bad". Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). 3 Mac 2021. Dicapai pada 2 April 2021.
  4. ^ "Projek: Anchor SPM bukan Bad Genius kerana..." Astro Awani. 3 Mac 2021. Dicapai pada 5 Mei 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]