Projek Syair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Projek Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional merupakan projek yang didanai oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) selama 2 tahun, iaitu dari 2006-2008 dan Geran Universiti Penyelidikan tahun 2007.

Anggota[sunting | sunting sumber]

Projek ini dianggotai oleh:

Projek yang bersifat multidisplin ini menggabungkan dua fakulti yang berbeza, iaitu Akademi Pengajian Melayu dan Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.

Gabungan dua fakulti yang berbeza ini menyatukan tiga disiplin yang berbeza, iaitu Prosodi, Kesusasteraan dan Muzikologi. Ketiga-tiga disiplin ini mengambil syair Melayu sebagai korpus analisis.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Secara ringkasnya projek mempunyai objektif seperti berikut:

  • Mendokumentasikan sebanyak mungkin melodi syair negeri-negeri rumpun Melayu.
  • Menganalisis dan mengklasifikasikan melodi syair untuk mendapatkan/mengenal pasti versi melodi utama sesebuah syair.
  • Mendapatkan kaedah pembacaan syair dari perspektif prosodi, iaitu penggunaan fitur-fitur prosodi seperti kepanjangan, jeda dan sebagainya sesuai dengan struktur sesebuah syair.
  • Menerbitkan rakaman audio syair dan notasi melodi Rumpun Melayu.

Berita dan aktiviti[sunting | sunting sumber]

Antara aktiviti penyelidikan yang telah dilakukan setakat ini:

  • 21 Jun 2008 - Menghadari Sesi Penghayatan Puisi: Syair. Seminar ini dibawah Program Aspresiasi Seni Penulisan dan Sastera Sempena Sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008. Panel yang menyampai seminar ialah Puan Rogayah A. Hamid dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • 18 & 19 Jun 2008 - Mesyuarat khas penggubalan MoU antara Universiti Malaya dan Dewan Pustaka dan Bahasa (DBP), Brunei Darussalam di Bilik Mesyuarat Kiambang, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya jam 10.00pagi. Kumpalan Projek Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional (FRGS) merupakan penganjur utama mesyuarat ini dengan kerjasama pihak Canseleri dan Pejabat Hubungan Korporat & Antarabangsa (International and Corporate Relations Office -ICR),Universiti Malaya. Dijangka mesyuarat yang akan diadakan ini akan dihadiri oleh para Pengarah/Dekan Akademi/Fakulti di Universiti Malaya bagi membincangkan hasrat bersama untuk mengadakan MoU. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh Pengarah DBP, Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr. Mataim Bakar dan pegawai-pegawainya.
  • 15 April 2008 - Kumpulan penyelidikan bertolak ke Brunei Darussalam pada 15 April 2008. Antara aktiviti yang akan dijalankan semasa penyelidikan adalah bertemu dengan para penyair Brunei serta melakukan temu bual dengan mereka. Selain itu, kumpulan ini juga akan mengadakan satu sesi perjumpaan dengan pegawai Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Brunei Darussalam. (Gambar)
  • 27 Mac 2008 - Kumpulan penyelidik bertolak ke Medan, Indonesia pada 27 Mac 2008 untuk menjalankan penyelidikan tentang Syair Melayu. Kumpulan penyelidikan akan melakukan temu bual dan rakaman dengan penyair-penyair yang berpengalaman dan mahir dalam nyanyian lagu Syair. (Gambar)
  • 22 Februari 2008 - Kumpulan Penyelidik bertolak ke Kuching, Sarawak untuk bertemu dengan Pn. Sarbanun serta para penyair lain yang telah berkumpul di rumah Pn. Sarbanun. Temu bual bermula pada 10 pagi hingga petang. (Gambar)
  • 18 Februari 2008 - Temu bual bersama Y.Bhg. Dr.(Ps) H. Tenas Effendy atau lebih dikenali sebagai Pak Tenas di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Pak Tenas berkongsi pengalaman mengenai sejarah Syair Melayu semasa zaman diraja dahulu. Menurut beliau, Syair sering dimainkan semasa hari perkahwinan dan juga pelbagai majlis diraja. (Gambar) (Video)
  • 24 November 2007 - Kumpulan Penyelidikan mengadakan temu bual dengan penyair di Kota Bharu, Kelantan. (Gambar)
  • 25 Oktober 2007 - Kumpulan Penyelidik berjaya mengadakan Seminar dan Bengkel Syair Melayu: Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan yang bertemakan “Melestarikan Syair Sebagai Warisan Bangsa” di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM). YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah Akademi Pengajian Melayu telah melancarkan buku Syair Melayu yang bertajuk "Keindahan Variasi Syair Melayu" semasa majlis pelancaran. Persediaan awal seperti menggantung kain rentang di sekitar kampus Universiti Malaya serta pengedaran brosur dan kad jemputan kepada para jemputan telah dilakukan oleh kumpulan penyelidikan. (Gambar) (Keratan Akhbar)
  • 2007 - Kumpulan Penyelidikan telah menjalankan penyelidikan tentang Syair Melayu di Pulau Pinang, Ipoh, Kedah dan juga Perlis. Para penyelidik melakukan temu bual dengan penyair-penyair yang terkenal di negeri-negeri berkenaan.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Antara hasil penyelidikan yang telah diterbitkan ialah:

Syair Melayu: Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan. Keindahan Variasi Syair Melayu
Syair Melayu: Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan. Keindahan Variasi Syair Melayu
  • Tajuk Buku: Syair Melayu: Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan. Keindahan Variasi Syair Melayu
  • Penyunting: Indirawati Zahid, Zahir Ahmad, Mohd Nasir Hashim
  • Penerbit: Kumpulan FRGS, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • No. ISBN 978-983-43668-1-0
  • Tahun Terbitan: 2007
Syair. Prosiding: Seminar dan Bengkel Syair Melayu. Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan
Syair. Prosiding: Seminar dan Bengkel Syair Melayu. Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan
  • Tajuk Buku: Prosiding: Seminar dan Bengkel Syair Melayu. Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan
  • Penyunting: Indirawati Zahid, Zahir Ahmad, Mohd Nasir Hashim
  • Penerbit: Kumpulan FRGS, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • No. ISBN: -
  • Tahun Terbitan: 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]