Prokaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Prokaki berlabel J
Beluncas Papilio machaon dengan 5 batang prokaki termasuk kancing dubur

Prokaki ialah anggota tunggul yang kecil dan berdaging pada permukaan ventral abdomen bagi kebanyakan larva serangga dalam order Lepidoptera (yakni beluncas kupu-kupu dan rama-rama) dan sesetengah jenis lalat.

Prokaki beluncas mempunyai segelung kecil cangkuk pencengkam yang dipanggil "krusye". Susunan krusye boleh membantu dalam pengenalpastian tingkat familinya. Prokaki bukan kaki yang sebetulnya kerana tidak bersendi, oleh itu ketiadaan lima segmen (koksa, trokanter, femur, tibia, tarsus) yang terdapat pada tungkai serangga yang sebenarnya. Prokaki mempunyai perototan tersendiri, tetapi pergerakannya terhad, maka kebanyakan pergerakan prokaki dilakukan secara hidraulik.