Prokhorovka, Wilayah Belgorod

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prokhorovka (Rusia: Про́хоровка) ialah bandar dan pusat pentadbiran Daerah Prokhorovsky di Wilayah Belgorod, Rusia, yang terletak di sepanjang Sungai Psyol dari tenggara bandaraya Kursk. Populasi: 9,761 (bancian 2010); 10,007 (bancian 2002); 8,093 (bancian 1989).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 1943, Prokhorovka merupakan lokasi Pertempuran Prokhorovka, iaitu pertembungan tentera armor terbesar semasa Pertempuran Kursk dalam Perang Dunia II. Pada Julai 2013, Timbalan Perdana Menteri Dmitry Rogozin membuat tawaran untuk menubuhkan sebuah muzium yang memperingati pertempuran itu pada tahun 2015. Pameran kenderaan armor akan kekal dan teknologi yang ditunjukkan disana akan membawa ingatan peristiwa-peristiwa Perang Dunia II.[1]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Prokhorovka berfungsi sebagai sebuah stesen keretapi diatas landasan utama yang menghubungkan Moscow dan bandaraya Kharkiv, Ukraine.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Deputy premier calls for creating Museum of Armor near Belgorod by 2015". Itar Tass. Dicapai pada July 12, 2013.