Prosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Prosa ialah tulisan yang memang berbeza dengan puisi dari segi kepelbagaian irama yang lebih meluas dan keserupaan yang lebih rapat dengan pola-pola pertuturan harian. Perkataan 'prosa' datangnya daripada bahasa Latin, prosa, yang membawa maksud "jelas dan mudah". Ini memerihalkan jenis tulisan yang dirangkumi oleh prosa, tanpa sebarang hiasan. Tulisan prosa biasanya digunakan untuk memerihalkan fakta atau perbincangan idea-idea. Oleh itu, ia digunakan untuk akhbar, majalah, novel, ensiklopedia, skrip filem, filem, falsafah, surat, karangan, sejarah, biografi, dan banyak lagi bentuk media.