Protokol Madrid 1885

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Protokol Madrid 1885 merupakan satu perjanjian antara British, Jerman dan Sepanyol untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Kepulauan Sulu serta sebagaimana juga had pengaruh Sepanyol di rantau ini. Di bawah perjanjian itu, Sepanyol melepaskan semua tuntutannya ke atas Borneo.

Kerajaan Sepanyol mengumumkan, sebagaimana juga yang telah dipersetujui Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah benua Borneo, yang dipunyai oleh, atau yang telah dipunyai pada masa lalu oleh Sultan Sulu (Jolo), dan yang terdiri daripada pulau-pulau jiran seperti Balambangan, Banguey, dan Malawali, serta semua yang terdiri dalam zon liga tiga maritim dari pantai, telah menjadi sebahagian daripada wilayah yang ditadbir oleh syarikat yang digelar sebagai Syarikat Borneo Utara British. — Artikel III (Protokol Madrid 1885)

Satu lagi perkara penting mengenai perjanjian tersebut ialah berkaitan dengan Perkara IV yang menjamin tiada sekatan perdagangan ke atas pihak protokol, sama ada dalam Kepulauan Sulu atau Borneo Utara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Leigh R. Wright. Historical Notes on the North Borneo Dispute. The Journal of Asian Studies, Vol. 25, No. 3 (May, 1966), pp. 471–484.
  • Leigh R. Wright. The Origins of British Borneo. Modern Asian Studies, Vol. 10, No. 1 (1976), pp. 149–154
  • Leigh R. Wright. The Anglo-Spanish-German Treaty of 1885: A Step in the Development of British Hegemony in North Borneo. Australian Journal of Politics & History 18 (1), 62–75

Pautan luar[sunting | sunting sumber]