Pergi ke kandungan

Pskhent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pskhent
{alt
Pskhent, mahkota berganda Mesir
Butiran
NegaraMesir purba
PendahuluDesyret
Hedjet

Pskhent (AFA: /pskʰént/; Yunani ψχέντ; Jawi: ڤسخينت) atau sekhemti (Jawi: سيخيمتي) ialah mahkota berganda yang dipakai oleh pemerintah Mesir purba. Orang Mesir purba dahulu memanggilnya Pa-sekhemti (pꜣ-sḫm.ty), yang bermaksud "Dua Yang Berkuasa" dan lalu diserap ke bahasa Yunani untuk menjadi pskhent.[1] Mahkota ini menggabungkan kedua-dua mahkota putih Hedjet dari Mesir Hulu dan mahkota merah Desyret dari Mesir Hilir.

Pskhent melambangkan kuasa seorang firaun ke atas seluruh Mesir bersatu.[2] Ia mempunyai dua lambang binatang: ular tedung Mesir, dikenali sebagai ureus, yang berdiri seakan-akan hendak mematuk dan melambangkan dewi Wadjet dari Mesir Hilir; dan burung hering Mesir yang melambangkan dewi penaung Mesir Hulu Nekhbet. Ini berdua diletakkan di depan mahkota Pskhent dan dipanggil Nebty (Dua Wanita).

S5
 
S6
Pskhent
"Mahkota Berganda"
dalam hieroglif Mesir

Penciptaan Pskhent biasanya dikatakan dibuat di zaman Dinasti Pertama oleh firaun Menes, tetapi yang pertama memakainya ialah firaun Djet dari Dinasti Pertama: sebuah ukiran batu menunjukkan Horusnya memakai mahkota tersebut.[3]

Senarai raja pada Batu Palermo, yang mempunyai nama-nama firaun Mesir Hilir (kini ia dipercayai bahawa ia separa dewa daripada mitos), digambarkan memakai Mahkota Merah, menandakan penyatuan negeri mereka dengan memberikan Pskhent kepada semua firaun dari Dinasti Pertama dan firaun-firaun yang berikutan.[4] Cebisan Kaherah sebaliknya pula menggambarkan pemerintah-pemerintah prasejarah ini memakai mahkota Pskhent.[5]

Arkeologi

[sunting | sunting sumber]

Sama seperti mahkota-mahkota Desyret dan Hedjet, tiada satu pun mahkota Pskhent yang dijumpai. Ia hanya pernah ditemui dalam tugu-tugu, gambaran dan dongeng purba.

Salah seorang dewa yang memakai mahkota Pskhent ialah Horus[6] dan Atum atau Ra kedua-dua melambangkan si firaun atau mempunyai hubungan istimewa dengan firaun.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Atef – mahkota putih dengan bulu di sisinya yang digunakan untuk dewa Osiris
  • Desyret – mahkota merah bagi Mesir Hilir
  • Hedjet – mahkota putih bagi Mesir Hulu
  • Khepresh – mahkota biru atau mahkota perang, juga dikenali sebagai mahkota diraja
  • Ureus – ular tedung yang menegak
  1. ^ Griffith, Francis Llewellyn, A Collection of Hieroglyphs: A Contribution to the History of Egyptian Writing, the Egypt Exploration Fund 1898, h.56
  2. ^ Dunand, Françoise; Christiane Zivie-Coche, Gods and Men in Egypt: 3000 BCE to 395 CE, Cornell University Press 2004, hh.32f.
  3. ^ Wilkinson, Toby A. H., Early Dynastic Egypt, Routledge 1999, h.196
  4. ^ Fage, John Donnelly; Desmond J. Clark, Roland Anthony Oliver, A. D. Roberts, The Cambridge History of Africa, Cambridge University Press 1974, h.521
  5. ^ Kemp, Barry John, Ancient Egypt: Anatomy Of A Civilization, Routledge 2006, h.92
  6. ^ Zandee, Jan, Studies in Egyptian Religion: Dedicated to Professor Jan Zandee, Brill 1982, h.74
  7. ^ The New Encyclopædia Britannica, Encyclopædia Britannica, Inc. 2005, h. 689

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan pschent di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus bagi pskhent di Wikikamus