Pergi ke kandungan

Pteroclidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Katah
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Pterocliformes

Huxley, 1868
Keluarga:
Pteroclidae

Bonaparte, 1831
Genus-genus
Sinonim
  • Sinonim peringkat order
    • Pteroclidiformes
    • Pterocleiformes
  • Sinonim peringkat keluarga
    • Pteroclididae
    • Pterocleidae

Katah atau qatah (Jawi: قطاة) ialah sejenis burung dalam keluarga Pteroclidae order Pterocliformes; order ini mempunyai enam belas spesies.[1]

Nama burung ini dijejak daripada perkataan قَطَاةqaṭāh dalam bahasa Arab.[2]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama order Pterocliformes dan nama keluarga Pteroclidae untuk jenis burung katah dijejak daripada genus Pterocles; nama genus ini dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani πτερόν pteron "sayap" dan -κλης -klēs "cantik".[3]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Sunan Ibnu Majah mencatatkan bahawa Jabir bin Abdullah meriwayatkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. mengenai kebaikan membina masjid walaupun masjid tersebut agak kecil sehingga disamakan kepada kecilnya sarang burung ini:[4]

مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
"Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung katah atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga."

  1. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2025). "Turacos, bustards, cuckoos, mesites, sandgrouse". IOC World Bird List Version 15.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 24 Mei 2025.
  2. ^ Lihat:
  3. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, England, UK: Christopher Helm. m/s. 322. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  4. ^ Hadis no. 738, buku ke-4 Kitāb al-Masājid wal-Jamā`ah