Ptolemy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ptolemy
Ptolemaeus.jpg
Imaganisi artis akan wajah Claudius Ptolemaeus.
Kelahiran sekitar AD 90
Mesir
Meninggal dunia sekitar AD 168
Alexandria, Mesir
Pekerjaan Ahli matematik, geografi, astronomi, kaji bintang
Tanggapan Jerman mengenai Claudius Ptolemaeus, yang diberikan gaya Jerman sezaman, dalam ilustrasi depan terukir di buku abad ke-16.

Claudius Ptolemaeus (bahasa Greek: Κλαύδιος Πτολεμαῖος; kk. 90 – kk. 168), dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Ptolemy) adalah ahli geografi, ahli astronomi dan ahli astrologi Mesir keyunanian.

Ptolemy ialah penulis untuk banyak karya sains, tiga daripadanya adalah amat mustahak kepada sains Islam dan Eropah yang berikut:

Astronomi[sunting | sunting sumber]

Dalam Almagest yang merupakan salah sebuah buku baharian klasik, Ptolemy menyusun pengetahuan astronomi di dunia Greek kuno dan Babylon; beliau bergantung sebahagian besarnya kepada hasil karya Hipparchus yang tertulis tiga abad lebih dahulu. Sebagaimana dengan kebanyakan sains Greek yang klasik, karya itu dipeliharakan dalam manuskrip bahasa Arab (oleh sebab itu, namanya kelihatan biasa) dan hanya diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona pada abad ke-12.

Ptolemy merumuskan model geosentrik yang diterima secara meluas sehingga digantikan oleh sistem suria heliosentrik oleh Copernicus. Begitu juga, kaedah-kaedah pengiraan (ditambahkan dengan Jadual-jadual Toledo pengiraan Arab) adalah cukup tepat untuk memenuhi keperluan ahli astronomi, ahli astrologi dan ahli pelayaran pada masa itu sehingga zaman penjelajahan yang pesat. Ia juga diamalkan oleh dunia Arab dan India. Almagest juga mengandungi katalog bintang yang mungkin merupakan versi katalog Hipparchus yang dikemaskinikan. Senarai empat puluh lapan buruj itu merupakan nenek moyang kepada sistem buruj moden, tetapi berbeza dengan sistem moden, mereka tidak meliputi kesemua langit (hanya langit yang dapat dilihat oleh Ptolemy).

Geographia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geographia (Ptolemy)
Penggambaran abad ke-15 untuk peta dunia Ptolemy yang disusun semua daripada Geographia Ptolemy (kk. 150). Peta ini menunjukkan negara-negara "Serica" dan "Sinae" (China) pada paling kanan, di seberang pulau "Taprobane" (Sri Lanka, terlalu besar) dan "Aurea Chersonesus" (Semenanjung Tanah Melayu).

Karya utama Ptolemy yang lain ialah Geographia. Ini juga merupakan susunan mengenai apa yang diketahui mengenai geografi dunia dalam Empayar Rom pada masa itu. Beliau bergantung sebahagian besar kepada karya ahli geografi, Marinos dariTyre, serta pewarta-pewarta Empayar Persia kuno dan Empayar Rom, tetapi kebanyakan daripada sumbernya yang berasal daripada luar empayar tidak boleh dipercayai.

Bahagian pertama untuk Geographia ialah perbincangan data dan kaedah yang dipergunakan. Seperti dengan model sistem suria dalam Almagest, Ptolemy memasukkan maklumatnya dalam sebuah skema yang tersergam megah. Beliau memberikan koordinat kepada semua tempat dan ciri geografi yang beliau mengetahui, dalam sebuah grid yang merangkumi keseluruh dunia. Garisan lintang diukur dari khatulistiwa, seperti dengan hari ini, tetapi Ptolemy cendurung kepada penggunaan hari yang terpanjang berbanding darjah lengkok (panjangnya hari musim panas pertengahan bertambah dari 12h sehingga 24h dari khatulistiwa ke bulatan kutub). Ptolemy menggunakan garisan bujur sifar untuk meridian tanah yang paling barat yang diketahuinya, iaitu Kepulauan Canary.

Ptolemy juga mereka dan membekalkan arahan untuk mencipta peta seluruh dunia yang didiami oleh manusia (oikoumenè) serta provinsi-provinsi Rom. Dalam bahagian kedua untuk Geographia, beliau membekalkan senarai topografi, dan kapsyen untuk peta-peta. Oikoumenè merangkumi 180 darjah garisan bujur dari kepulauan Canary di Lautan Atlantik sehingga pertengahan China, dan hampir-hampir 80 darjah garisan lintang dari Artik ke Hindia Timur dan jauh ke dalam Afrika; Ptolemy amat menyedari bahawa beliau hanya mengetahui sesuku dunia dan maklumatnya tidak merangkumi Laut Timur.

Bagaimanapun, peta-peta dalam manuskrip Geographia Ptolemy yang masih wujud hanya bertarikh dari kira-kira 1300, iaitu selepas teksnya ditemui semula oleh Maximus Planudes. Pada kelihatannya, jadual-jadual topografi dalam buku-buku 2-7 mungkin merupakan teks longgokan, iaitu teks yang telah diubah dan ditambah sewaktu pengetahuan baru didapati pada abad-abad selepas Ptolemy (Bagrow 1945). Ini bermakna bahawa maklumat dalam bahagian-bahagian Geografi mungkin mempunyai tarikh yang berlainan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Teks dan terjemahan:

  • Berggren, J. Lennart dan Jones, Alexander. 2000. Geografi Ptolemy : Terjemahan Beranotasi untuk Bab-bak Teori. Princeton University Press. Princeton and Oxford. ISBN 0-691-01042-0.
  • Nobbe, C. F. A., ed. 1843. Claudii Ptolemaei Geographia. 3 jilid. Lipsiae (Leipzig): Carolus Tauchnitus. (Edisi terkini untuk teks Greek yang lengkap)
  • Stevenson, Edward Luther. Trans. dan ed. 1932. Claudius Ptolemy: Geografi. New York Public Library. Cetakan semula: Dover, 1991. (Ini merupakan terjemahan Inggeris lengkap yang tunggal bagi karya termasyhur Ptolemy. Malangnya, buku ini mengandungi banyak kesilapan dan nama tempat diberi dalam bentuk Latin, dan bukannya dalam bahasa Greek yang asal.)

Rujukan lain:

  • Bagrow, L. 1945. Keasalan Geographia Ptolemy. Geografiska Annaler 27:318-387.
  • Campbell, T. 1987. Peta-peta Bercetak yang Terawal, British Museum Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

Bahan sekunder[sunting | sunting sumber]